Ketika dilancarkan di Jepun beberapa minggu yang lalu, pelitup muka keluaran Uniqlo habis terjual di mana penduduk Jepun sanggup beratur panjang untuk mendapatkannya.

Uniqlo mula menghasilkan pelitup muka ini selepas mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan dan pelitup muka ini diperbuat daripada kain 3-lapisan AIRism yang mempunyai ketahanan 99% Bacterial Filtration Efficiency (BFE). Pelitup muka ini juga dikatakan dapat menyekat water droplets, partikel bakteria serta debunga.

https://twitter.com/Geoworld15/status/1298120500091199489

Namun, Uniqlo tidak melupakan peminat jenama itu di seluruh dunia apabila ia turut akan dilancarkan di Malaysia pada 14 September depan. Uniqlo AIRism Face Masks ini akan dijual secara dalam talian serta cawangan Uniqlo di serata Malaysia.

Dua pilihan warna dihasilkan oleh Uniqlo iaitu putih dan juga hitam dan akan dijual pada harga RM39.90 (satu paket mengandungi 3 pelitup muka). Dari segi ketahanan, Uniqlo berkata pelitup muka ini tahan sehingga 20 cucian untuk dipakai semula.

Ramai yang berpuas hati dengan kelembutan pelitup muka Uniqlo ini yang diperbuat daripada material yang sangat lembut. Jika anda sedang mencari pelitup muka yang sedap untuk dipakai, jangan terlepas peluang untuk mendapatkan Uniqlo AIRism Face Masks ini.

Ini pula jawapan Tengku Puteri Jihan apabila diterur oleh netizen kerana tidak memakai pelitup muka di tempat awam. Klik pada pautan di bawah.

Ditegur Tidak Pakai Pelitup Muka, Tengku Puteri Jihan Jawab Dakwaan Netizen Di Twitter

Gara-Gara Minta Pakai Pelitup Muka, Pekerja Kedai Makan Di Kuching Kena Tampar Dengan Pelanggan

Giliran Levi’s Pula Hasilkan Pelitup Muka Edisi Terhad Yang Menawan