Anda pasti perasan di timeline Facebook serta Twitter anda dipenuhi dengan gambar Hello Kitty Carrier yang dilancarkan secara rasmi jam 10 pagi tadi. Menurut perkongsian, ada yang sanggup beratur seawal 7 pagi lagi bagi tidak terlepas peluang untuk memiliki set khas daripada McDonald’s ini.

21141830-lia_cover_1920x1200
HYPE
5 Sebab Kenapa Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi Kini Jadi Tumpuan Kaki ‘Shopping’!
Baca lagi →

McDonald's Malaysia

Mark your calendars, the Hello Kitty Carrier is finally here! Get this exclusive carrier for only RM 29.99 with any purchase of a McValue meal in a single transaction at any McDonald’s restaurants from 27th November, 10am onwards! Super limited stocks available. Hurry! Don’t miss out! Terms and conditions:Only ONE (1) carrier per receipt transaction with any McValue Meal purchase.Not available at Dessert Centers, McCafe Counters and McDelivery. Available while stocks last.Not applicable via McD App purchase.

Posted by McDonald's on Tuesday, 26 November 2019

Untuk melayakkan anda membeli Hello Kitty Carrier ini, anda perlu membeli satu set makanan di McDonald’s terlebih dahulu dan kemudiannya membuat pesanan tambahan Hello Kitty Carrier ini yang dijual pada harga RM29.90.

Tidak sampai satu hari, Hello Kitty Carrier ini sudah pun sold out di cawangan utama sekitar Lembah Klang. Hello Kitty Carrier ini dilancarkan di Singapura pada 14 November yang lalu dan habis terjual dalam masa sehari.

Seperti biasa, ada yang mengambil peluang ini untuk membeli lebih daripada satu set untuk dijual semula pada harga yang lebih tinggi. Berdasarkan tinjauan kami di aplikasi Carousell, harga jualan semula yang normal adalah sekitar RM50-RM80.

Namun, ada yang lebih ekstrim dengan mengiklankan Hello Kitty Carrier mereka dengan harga setinggi RM500! Kenaikan hampir 17 kali ganda harga asal.

McDonalds

Harga tertinggi untuk Hello Kitty Carrier ini di aplikasi Carousell

Tidak pasti individu berkenaan serious atau hanya bergurau semata-mata. Seandainya anda terlepas untuk membeli Hello Kitty Carrier ini, terpaksalah anda membelinya dengan harga lebih tinggi. Buat anda yang sempat membelinya, tahniah dan selamat gantungnya di dalam kereta.

Esok akan berlangsung pula jualan Surprise Happy Meal di seluruh cawangan McDonald’s sempena ulang tahun ke-40 Happy Meal. Jangan lepaskan peluang untuk membeli set mainan yang pasti akan menggamit memori anda sewaktu kecil dahulu.

‘Surprise Happy Meal’ Sah Akan Mula Dijual 28 November Depan

Inside Scoop Tawar Aiskrim Berharga RM3 Bermula 21 November 2019

Anda Mungkin Suka