Belajar pengaturcaraan pada masa kini bukan lagi dengan menghadap buku teks yang mengajar satu persatu dimana kaedah ini agak membosankan. Pembangun aplikasi pengaturcaraan mempunyai idea yang lebih ‘fresh’ dan menarik dengan membangunkan aplikasi yang lebih interaktif serta dapat digunakan diakses melalui telefon pintar.

Screen Shot 2016-05-10 at 9.40.39 PM

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sololearn juga mengambil pendekatan yang sama. Apa yang lebih menarik adalah SoloLearn membolehkan anda mempelajari pengaturcaraan melalui beberapa platform berbeza termasuk Android, iOS, Windows Phone mahupun melalui laman web.

Screen Shot 2016-05-10 at 9.40.30 PM

Memfokuskan kepada bentuk pembelajaran yang interaktif dan padat, sedikit sebanyak bakal membantu anda untuk memahami sesebuah bahasa pengaturcaraan dengan lebih baik dan tidak membosankan. Pengguna juga diuji dengan beberapa set kuiz bagi menguji kefahaman mengenai sesuatu bahasa pengaturcaraan.

Screen Shot 2016-05-10 at 10.58.44 PM

Bukan itu sahaja, variasi pilihan bahasa pengaturcaraan yang banyak bakal memberikan anda pilihan untuk mendalami topik yang dipilih dengan lebih mendalam.

Nampaknya tiada lagi alasan buat anda yang ingin mempelari pengaturcaraan dengan lebih mendalam dengan adanya SoloLearn.

Sumber