Dua hari lepas Soloz telah berkahwin. Ramai yang mula buat-buat tanya siapakah Soloz ini. Ada yang betul-betul tak kenal. Ada yang buat-buat tak kenal. Yang buat-buat tak kenal ni mungkin sebab nak perlekeh bidang kerjaya Soloz yang kerjanya main game 24 jam.

Aku pun follow Soloz juga. Selalu buka video Soloz di Youtube dan Facebook. Aku suka cara Soloz sebab dia tak mencarut. Budak-budak ramai follow dia. Kalau Soloz kalah, dia tidak akan jerit dan memaki hamun.

https://www.instagram.com/p/BpMQvbblIFB/

Aku dapat tahu Soloz ni pernah wakili Malaysia dalam game Mobile Legends. Tournament tu namanya Mobile Legends Professional League (MPL) musim kedua pada 2018. Soloz dengan pasukan Soloz iaitu Air Asian Saiyan dapat tempat keempat. Kalah.

Akan tetapi, tidak apa sebab masa tu yang menang ialah Saiyan Reborn iaitu pasukan dari Malaysia juga. Soloz dapat anugerah Pemain Paling Berharga (MVP) musim itu.

Lepas pada itu aku tak tahu dah penglibatan Soloz dengan E-sukan. Yang aku tahu sejak itu Soloz sangat aktif jadi streamers. Setiap kali buat live, view berpuluh-puluh ribu. Pada bahagian Facebook Gaming memang sentiasa trending tempat pertama.

Lepas pada itu bila dia reupload pada platform Youtube, sekurang-kurangnya akan dapat 400,000 view. Itu pun tak sampai seminggu. Selain tu ada juga jual merchandise seperti hoodie jenama dia sendiri. Hasilnya Soloz boleh menyara hidup, beli kereta mahal dan akhirnya berkahwin.

Adakah aku sokong Soloz?

https://www.instagram.com/p/B5iCC1TJ8CT/

Ya, ada beberapa sebab. Soloz ni bukti kita orang Malaysia pun boleh berjaya dalam bidang video game dan streaming. Boleh berjaya tanpa kena cetus kontroversi bodoh dan tanpa kena maki hamun orang lain nak acah savage serupa sesetengah streamers.

Soloz ni humble. Rendah diri. Ada peminat gelarkan Soloz ni ‘Mat Bual’ sebab cara dia borak masa stream tu macam kawan-kawan kita yang kelakar. Dia cakap benda macam sombong, akan tetapi kita tahu dia cakap tu dengan nada tidak serius.

Soloz ni pemurah. Ada satu video ni dia buka stream orang lain yang mempunyai view rendah. Lepas tu dia donate star. 1,000 hingga 2,000 star jugaklah dia bagi setiap seorang. Sebabnya dia nak support dan promote komuniti streamers Malaysia ni. Bukan nak berjaya sorang-sorang.

Ini paling penting. Soloz buat aku percaya anak Melayu pun boleh berjaya dalam bidang ni kalau kena cara dan sokongan. Beberapa tahun dahulu muncul team Fnatic menang tournament Dota 2, aku tengok ramai yang bukan Melayu jadi ahli. Sejak itu aku macam tidak percaya orang Melayu juga boleh jadi macam itu.

Aku main Assassin’s Creed dengan Final Fantasy, aku tengok ada anak Melayu yang terlibat menjadi developer untuk game tu. Aku fikir, sampai situ sahaja paling jauh anak Melayu boleh buat dalam bidang gaming ni. Bab teknikal sahaja. Aku silap.

Lepas keluar si Soloz ni, aku ubah pandangan aku. Kita juga boleh. Soloz dah buktikan. Meletakkan Malaysia dalam peta Esport dan game streaming. Sekarang ini Team Yoodo Gank pulak tengah berhempas pulas nak bawa nama Malaysia dalam game PUBG Mobile. Sokonglah mereka.

https://www.instagram.com/p/CC0iOEppplB/

Kita ada Soloz untuk wakili kita bila orang luar berbangga dengan streamers mereka. Indonesia bangga dengan Jess No Limit, Lemon, Donkey, etc. Kita ada Soloz, Fredo, Logan, Penjahat, Master Ramen serta lain-lain yang tidak kurang hebatnya juga.

Misalnya page Rimau Gaming tu. Setiap kali stream game lumba motor, mesti ada sorang caster untuk mengulas permainan. Dah macam tengok game motor sebenar. Bagi aku, itu kreatif dan menarik.

Sebelum ini, Soloz telah berjaya diiktiraf dalam Malaysia Book of Records selepas berjaya mencatat 1.2 juta pengikut di Facebook bagi atlet E-sukan.

Catat 1.2 Juta Pengikut, Soloz Kini Diiktiraf Dalam Malaysia Book Of Records

Mampu Beli Kereta Mewah Hanya Dengan Bermain Mobile Legends? Ini Penjelasannya