Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) baru-baru ini melaporkan varian Omicron yang dipanggil BA.2 atau lebih popular dengan nama ‘Son of Omicron’. Secara teknikal, BA.2 ialah keturunan daripada BA.1. “Strain BA.2, yang berbeza daripada BA.1 dalam beberapa mutasi, termasuk protein spike, [dilaporkan] meningkat di beberapa negara,” tulis WHO di laman webnya.

Sesetengah saintis telah menamakan varian BA.2 sebagai ‘stealth Omicron’. Ini kerana varian ini mempunyai ciri genetik yang menjadikannya lebih sukar untuk dikenal pasti sebagai varian Omicron pada ujian PCR. Selain itu, kumpulan penyelidik lain merujuknya sebagai “Anak Omicron” kerana secara teknikalnya BA.2 adalah keturunan BA.1 atau Omicron.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut pakar kesihatan awam di Denmark dan U.K, varian ini mempunyai 30 dan 34 peratus lebih menular daripada varian BA.1. Kajian Denmark baru-baru ini juga mendapati bahawa BA.2 secara relatifnya lebih cepat menular, termasuk orang yang telah diberi vaksin dan menerima vaksin penggalak berbanding subvarian BA.1. Ini kerana varian ini mempunyai keupayaan untuk mengelak imuniti yang dibentuk oleh vaksin.

Tetapi, mengambil maklum nilai vaksin, para penyelidik mendapati bahawa orang yang diberi vaksin masih dilindungi dengan subvarian BA.1 atau BA.2 berbanding dengan mereka yang masih belum menerima vaksin.

Bagaimanapun, WHO mengatakan BA.2 bukanlah varian yang membimbangkan (variant of concern/VOC). Ini bermakna tiada bukti bahawa subvarian baharu ini akan memburukkan lagi penularan COVID-19. Orang ramai diharap kekal berdisiplin dalam mengambil langkah pencegahan yang sama. Bermula daripada vaksinasi, memakai pelitup muka, menjaga jarak, mengelak kawasan yang mempunyai ramai orang dan duduk di rumah apabila sakit.

WHO melaporkan bahawa subvarian BA.2 kini telah dikesan di 57 negara. Sebahagian daripadanya adalah Filipina, Nepal, Qatar, India, Denmark dan jiran kita Indonesia. Bagaimanapun, sehingga kini masih banyak maklumat yang belum diketahui mengenai subvarian ini.

Gejala subvarian BA.2 yang sering dialami oleh pesakit termasuk demam, penat yang melampau, batuk, sakit tekak, loya, sakit kepala, keletihan otot dan kadar denyutan jantung yang meningkat.

Pakar ramal varian Omicron bakal jadi petanda pandemik COVID-19 akan berakhir. Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Pakar Ramal Varian Omicron Bakal Jadi Petanda Pandemik COVID-19 Akan Berakhir

‘Kemungkinan Besar Gelombang Omicron Akan Mula Di Malaysia’ – Khairy Jamaluddin

Omicron Bukan Petanda Pandemik Akan Berakhir, Manusia Perlu Bersedia Hadapi Situasi Terburuk