Tahukah anda Sonic yang merupakan salah satu game terbaik di bawah francais SEGA telah mencecah 25 tahun pada tahun ini. Apa lagi cara terbaik untuk SEGA meraikan kejayaan ini dengan mengeluarkan semula permainan Sonic Mania yang pernah gah suatu ketika dahulu.

Hunter Killer Photo
HYPE
Misi Menyelamat Penuh Debaran Dalam ‘Hunter Killer’
Baca lagi →

Sebuah lagi pengumuman yang mengejutkan pelbagai pihak pada acara ulang tahun ke-25 Sonic adalah pembangunan permainan terbaru daripada Sega yang bertajuk Project Sonic.

sonic_generations_wallpaper_3_by_darkfailure-d3id0vk

Dikatakan game terbaru Sonic ini bakal mempunyai persamaan dengan Sonic Generations. Kemungkinan gameplay masih dikekalkan dalam bentuk 2D manakala cinematic preview di dalam format 3D. Fan Sonic pasti lega dengan berita ini.

Project Sonic bakal menampilkan 2 variasi Sonic yang berbeza dimana Sonic yang lebih gah dan cool serta Sonic classic yang tampak lebih comel dan chubby. Sememangnya pembangunan ini game ini didedikasikan khas buat peminat Sonic yang selama ini menyokong francais permainan ini.

Project Sonic bakal dikeluarkan seawal tahun hadapan untuk beberapa platform termasuk Playstation 4, PC, Xbox One dan Nintendo NX. Ya, Nintendo NX merupakan konsol keluaran terbaru daripada Nintendo dan dikatakan Nintendo NX bakal hadir dalam bentuk mudah alih atau portable.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group