Sebelum ini tayangan filem Sonic The Hedgehog telah ditangguhkan selepas menerima kritikan negatif daripada para peminat dimana karakter Sonic tidak sama seperti dalam permainan video.

Akhirnya saat yang dinanti-nantikan sudah tiba dimana filem Sonic The Hedgehog telah ditayangkan di pawagam berhampiran anda. Pastinya peminat permainan video Sonic tidak akan melepaskan peluang menonton filem ini di pawagam.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sedikit sinopsis tentang Sonic The Hedgehog ini adalah ia sebuah filem penuh aksi dan penggembaraan dimana Sonic merupakan makhluk asing yang melarikan diri dari Dr. Robotnik.

Dr. Robotnik ingin menakluki dunia dengan menggunakan kuasa yang dimiliki oleh Sonic. Kemudian, Sonic bekerjasama dengan Tom Wachowski seorang bekas polis San Francisco dan baru sahaja dilantik sebagai syerif Green Hills, Montana untuk ‘melarikan diri’ dan menentang Dr. Robotnik.

Jadi, anda pasti tertanya-tanya apa yang menarik tentang filem ini, bukan? Jangan risau, tiada spoiler akan diberikan pada penulisan ini.

1. Jalan cerita

sonic-the-hedgehog-1195512-1280×0
Sumber: CNN

Anda akan dapat lihat jalan cerita filem ini digarap dengan baik sekali. Permulaan bagaimana Sonic dikejar oleh penjahat sehingga boleh tiba ke bumi dan penggembaraan lain bermula.

2. Lebih aksi ‘cool’

Sedia maklum, Sonic memiliki kuasa luar biasa sehingga menyebabkan penjahat ingin menggunakan Sonic menakluk dunia. Bukan sahaja mampu untuk berlari laju tetapi terdapat juga kuasa lain yang anda kena saksikan di pawagam.

Sedikit spoiler, aksi Sonic yang mampu membekukan masa mungkin kelihatan ‘keterlaluan’ dan cliche tetapi ia masih cool.

3. Jim Carrey

Jim Carrey as Dr Robotnik in Sonic The Hedgehog
Sumber: CNN

Pada mulanya pasti ramai yang tertanya-tanya kenapa Jim Carrey dipilih untuk bawa watak Dr. Robotnik. Selepas kami menonton filem ini, kami dapat rasa watak Dr. Robotnik hidup dan gila.

Malah, kejahatan dan jenaka yang ditampilkan oleh Jim Carrey tampil menyerlah. Sememangnya Jim Carrey pilihan tepat untuk watak Dr. Robotnik ini!

4. Sinematografi yang menarik

Bagi kami, kekuatan filem ini ada pada sinematografi dan kualiti grafiknya. Kami cukup terpegun melihat wajah Sonic yang telah diberi nafas baharu kerana kelihatan ‘real’ dan sama seperti dalam permainan video.

Ulasan-Filem-Sonic-The-Hedgehog-2
Sumber: Odisi

Malah, babak yang paparkan planet-planet turut buat kami terpegun kerana penghasilannya cukup menyerlah. Tidak percaya? Anda kena lihat sendiri!

Bagi kami, anda tidak akan kecewa menonton filem ini kerana ia adalah satu karya yang cukup ‘fun’ dan penuh aksi serta emosi. Peminat Sonic pastinya akan berbangga kerana karya ini akhirnya telah diadaptasi menjadi sebuah filem.

Kami berikan rating 7/10 untuk filem ini. Apa pun, ia masih filem aksi yang menarik untuk ditonton dan sesuai untuk semua lapisan umur.

Jika anda belum menonton filem Birds of Prey di pawagam, apa kata baca review filem tersebut dahulu sebelum menontonnya.

Birds Of Prey Karya Komedi Gelap Yang Penuh Warna-Warni

Ini ‘Gurauan Nakal’ SpongeBob Terhadap Sonic Sempena Tayangan Filemnya Di Seluruh Dunia

Matt Reeves Kongsi Video Teaser Pertama Robert Pattinson Sebagai Batman