Piala Dunia Rugbi 2019 sedang berlangsung ketika ini di Jepun. New Zealand ‘All Blacks’ seperti biasa menjadi favourite untuk memenangi edisi tahun ini.

Bintang All Black, Sonny Bill Williams semalam menerusi laman Instagram beliau meluahkan rasa kecewa mengapa gambar beliau yang sedang berdoa bersama rakan sepasukannya, Ofa Tu’ungafasi sebelum perlawanan menentang Afrika Selatan dipadam oleh Instagram.

Beliau juga mahu penjelasan mengapa gambar berkenaan dipadam tanpa sebab yang jelas. Ramai peminatnya Sonny yang kemudiannya mula membuat andaian yang bukan-bukan. Ada yang memberi komen gambar berkenaan terlalu ‘sensitfif’ untuk berada di Instagram dan ada juga yang berpendapat ianya tindakan sabotaj daripada pihak tidak bertanggungjawab.

Namun, cerita sebenar di sebalik mengapa gambar berkenaan dibuang adalah sebaliknya. Gambar ikonik tersebut sebenarnya dirakam oleh jurugambar dari Malaysia, Faiz Azizan.

Beliau memuat naik gambar tersebut di laman Instagramnya dan mendapat perhatian ramai terutamanya peminat setia All Blacks. Namun menerusi perkongsian di Insta Stories beberapa hari sebelum ini, beliau kecewa kerana gambar beliau tular tanpa kredit gambar yang sepatutnya. Malah, lebih mengecewakan ada yang meletakkan watermark mereka sendiri pada gambar tersebut.

https://www.instagram.com/p/B2sglLNp9XO/

Difahamkan Faiz Azizan telah membuat laporan tentang gambar berkenaan kepada Instagram. Disebabkan itu, segala gambar yang berkaitan dengan gambar tersebut dibuang oleh pihak Instagram termasuk di laman rasmi Sonny Bill Williams.

Malam semalam, Sonny Bill Williams memuat naik kembali gambar beliau bersama Ofa dengan kredit nama kepada Faiz Azizan. Menurut Sonny, beliau menerima gambar tersebut dengan nama Faiz Azizan sudah sedia terpotong. Jika beliau tahu tentang hal tersebut sejak awal, beliau pastinya akan memberi kredit yang sepatutnya kepada Faiz.

Ramai yang memuji betapa humble Sonny Bill Williams dengan cara beliau menyelesaikan isu tersebut. Dalam kes ini, ianya hanyalah salah faham yang tidak dijangka. Apa pun, selamat maju jaya diucapkan pada Faiz Azizan dan Sonny Bill Williams di Piala Dunia Rugbi 2019.

Sonny merupakan antara mualaf yang disegani di New Zealand. Ini adalah kisah Sonny Bill Williams sebelum beliau memeluk agama Islam.

“Dulu Saya Budak Jahat”, Kisah Bagaimana Pemain Rugby Terkemuka Ini Memeluk Islam