Dua tahun selepas pelancaran model Sony A7R II, pihak Sony pada bulan lepas telah mengeluarkan model flagship terbaru mereka iaitu Sony A7R III. Model yang dikeluarkan ini merupakan model kamera mirrorless terbaik pernah dihasilkan Sony setakat ini.

Dari segi spesifikasi, Sony A7R III menggunakan sensor full-frame 42.4-megapixel. Sony turut menjanjikan dimana model ini membolehkan pengguna mendapatkan ketahanan bateri yang lebih lama, shot yang diambil lebih pantas serta daya fokus yang lebih baik.

maxresdefault

Keterujaan utama yang dinantikan ramai peminat Sony adalah bagaimana model ini mampu mendapatkan imej yang terbaik ketika cahaya malap dan keputusannya sangatlah memuaskan. Pihak Sony turut menegaskan penawaran ISO range bermula daripada 100 sehingga 32,000 bakal membolehkan pengguna mendapatkan imej yang terbaik disetiap foto yang diambil.

Buat anda yang meminati bidang fotografi atau menggunakan kamera atas urusan pekerjaan, pelaburan sebanyak RM14,888 antara yang diperlukan untuk mendapatkan Sony A7R III. Harga yang ditawarkan buat pra tempahan bersama lensa FE 24-70mm F2.8 GM pula berharga RM24,199.

Screen_Shot_2017-11-21_at_5_15_07_PM

Laman pra tempahan buat  Sony A7R III bakal mula dibuka sehingga 3 Disember ini. Adakah berbaloi? Semuanya bergantung kepada bajet anda dalam memilih kamera yang terbaik buat anda. Berikut merupakan video yang diramkam menggunakan Sony A7R III.