Sejak mula diperkenalkan sekitar 24 tahun lalu, PlayStation dibawah jenama Sony telahpun menjual sebanyak 525 juta konsol seluruh dunia. Sebagai penghargaan buat para peminat konsol keluaran mereka, Sony baru-baru ini telahpun melancarkan Sony PS4 Pro ‘500 Million Limited Edition’.

Melalui model edisi terhad ini, Sony telah memadankan bersama warna biru gelap bagi konsol dan DualShock 4. Aksesori tambahan seperti PlayStation Camera, vertical stand dan mono headset antara yang ditawarkan. Selain itu, model ini merupakan satu-satunya model yang hadir dengan storan besar bersaiz 2 TB.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

43888973302-4855cb9163-k-1

Difahamkan model edisi terhad ini bakal cuma ditawarkan sebanyak 50,000 unit seluruh dunia dengan harga sekitar $500 (~RM2,047.62) bermula 24 Ogos ini. Buat anda sebagai peminat PlayStation atau baru berhajat untuk mendapatkan PS4 Pro, mungkin ini model yang dimasukkan di dalam wishlist anda.

Sumber