Sejak mula diperkenalkan pada tahun 2011 sebagai model sambungan daripada Sony PSP, model ini nampaknya gagal untuk menarik perhatian ramai sepertimana model sebelumnya. Selepas hampir 7 tahun dipasaran, model ini nampaknya bakal dihentikan pengeluarannya menjelang 2019.

Dari segi angka penjualan, jelas model ini menunjukkan angka penjualan yang sangat rendah dimana Sony PS Vita cuma dapat dimiliki oleh 16 juta pengguna berbanding model sebelumnya yang berjaya didapatkan oleh 80 juta pengguna.

Dengan berkakhirnya pengeluaran PS Vita tidak lama lagi, adakah masih releven untuk Sony meneruskan model konsol mudah alih ini. Untuk pengetahuan anda, Nintendo Switch berjaya menunjukkan angka penjualan yang positif berikutan bilangan pengguna yang memberangsangkan.