Selepas 25 tahun konsol pertama PlayStation dilancarkan, pihak Sony kini dalam cadangan untuk mengeluarkan konsol retro mereka yang mungkin dinamakan sebagai PlayStation Classic.

Melalui konsol yang bakal dihasilkan ini, Sony berkemungkinan besar bakal menyertakan sejumlah besar game popular daripada PlayStation 1. Pelancaran konsol PlayStation Classic ini juga dijangkakan bakal memberi saingan buat konsol retro keluaran Nintendo.

Sekiranya dilancarkan, kami yakin pasti ramai mereka yang membesar di zaman PlayStation bakal berlumba-lumba untuk mendapatkan konsol retro ini. Oh ya, buat anda yang membesar pada zaman yang sama game manakah yang paling mengimbau nostalgia anda semasa bermain PS1?