Buat penggemar permainan video terutamanya kipas susah mati konsol PlayStation, ada berita baik untuk anda.

Baru-baru ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB Tuan Gobind Singh Deo mengumumkan bahawa SIE Worldwide Studio (SIE WWS) yang menjadi rumah kepada pembangun untuk permainan parti pertama bagi PlayStation seperti Naughty Dog akan membuka studio pembangunan di Malaysia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pengumuman ini disampaikan oleh beliau semasa majlis penutupan Level Up KL Biz 2019 tempoh hari. Beliau berkata, “Kami berbesar hati dan teruja untuk mengumumkan kerjasama rasmi bersama SIE WWS atas penubuhan studio mereka di Malaysia yang bakal mewujudkan banyak peluang untuk industri permainan video tempatan dan rantau Asia Tenggara.”

Sumber:Aksiz

Studio yang akan dinamakan sebagai SIE Worldwide Studios Malaysia Sdn Bhd bakal memberikan khidmat dari segi reka bentuk visual dan animasi sebagai sebahagian daripada aktiviti SIE WWS dalam membangunkan permainan eksklusif di platform PlayStation 5 nanti.

Malaysia akan menyertai 15 studio lain yang dipegang oleh SIE WWS termasuk Naughty Dog (siri Uncharted & The Last of Us), Insomniac Games (Marvel’s Spider-Man) dan Guerrila Games (Horizon Zero Dawn).

Sumber: Ering

Sejak 20 tahun lalu, Malaysia telah berjaya membina industri Digital Creative Content tempatan dengan mewujudkan 149 tajuk IP, menghasilkan pendapatan mencecah RM7.6 bilion dan jualan eksport sebanyak 1.3 bilion dengan jangkauan global ke lebih 120 negara.

Berita ini menandakan industri permainan video di Malaysia semakin maju dengan studio permainan video antarabangsa membuka cawangan di tanahair kita seperti Bandai Namco Studios dan Larian Studios.

Pastinya peminat-peminat permainan video terutamanya peminat PlayStation berasa sangat teruja dengan berita ini. Sama-sama kita nantikan game-game yang dihasilkan dengan kerjasama studio dari Malaysia ini.

Terdahulu, Sony mengesahkan PlayStation 5 akan dilancarkan pada penghujung 2020. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Sony PlayStation 5 Sah Akan Dilancarkan Penghujung 2020

Sony Kongsikan Spesifikasi Bagi Konsol PlayStation 5

Sony Umumkan Senarai Penuh Permainan Video Klasik Untuk PlayStation Classic