Seringkali apabila menyebut jenama Sony pastinya orang ramai sudah cukup mengenalinya. Menawarkan pelbagai barangan elektronik merangkumi Walkman, PlayStation, televisyen dan pelbagai lagi membuatkan jenama ini diingati ramai.

Sempena atur cara CES 2020 baru-baru ini, Sony tampil dengan kejutan buat orang ramai apabila mengumumkan syarikat mereka sedia memasuki industri kereta elektrik dengan pengenalan Sony Vision-S.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

sony-vision-s-concept

Menggunakan kuasa elektrik beserta teknologi swapandu, Sony Vision-S ternyata mahu memberikan keselesaan dan hiburan kepada para pengguna dimana setiap tempat duduk dilengkapi dengan skrin yang tersendiri yang boleh diubah mengikut citarasa pengguna.

Sistem yang dibangunkan oleh Sony ini dilaporkan turut dibantu oleh jenam-jenama hebat seperti BlackBerry, NVIDIA, Qualcomm dan HERE Maps. Memandangkan model ini masih lagi dalam keadaan prototaip, pihak Sony memilih untuk tidak banyak berkongsi mengenai spesifikasi model ini.

Sony-Vision-S-Kereta-C

Walau bagaimanapun, kehadiran Sony dalam industri kereta elektrik ini sememangnya mengejutkan ramai. Beberapa tahun ini, pernah dilaporkan Apple juga sedang dalam proses membangunkan sebuah kereta. Tidak mustahil dekad ini bakal menyaksikan jenama-jenama telefon pintar dan elektronik bakal menghiasi industri kereta elektrik.

Kehadiran Perodua Bezza yang bakal dilancarkan pada hari ini sudah mulai hangat dibincangkan sejak minggu lalu. Turut dikongsikan, cadangan kerajaan untuk mendapatkan model terbaru Vellfire dan Honda Accord untuk kegunaan para menteri.

Perodua Perlihatkan Model Bezza 2020 Dengan Harga Bermula Daripada RM34,580

Vellfire Dan Honda Accord Dipilih Sebagai Kenderaan Rasmi Menteri Dan Pegawai Tinggi