Saat-saat yang dinantikan telah tiba. Sony telah mengumumkan secara rasmi konsol generasi terbaru mereka iaitu Sony PlayStation 5.

Sony akan hadir dengan dua variasi konsol untuk PlayStation 5 iaitu satu dengan sokongan cakera fizikal, dan satu lagi adalah versi digital sepenuhnya. Bagi kedua-dua edisi ini, ia diberikan nama PlayStation 5 dan PlayStation 5 Digital Edition.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

ps5_01-950×535

ps5_02-950×535

playstation5_01-950×534

Malah, aksesori penuh untuk konsol tersebut akan hadir dengan sebuah sebuah set kepala, pengawal media, kamera HD dan juga dan juga alat kawalan permainan DualSense.

Walau bagaimanapun, harga dan tarikh PlayStation ini akan dijual secara rasmi masih belum diketahui. Terdapat beberapa game yang menarik turut telah diperlihatkan seperti Spiderman, Gran Turismo 7 dan banyak lagi. Lihat trailer antara game menarik yang ditawarkan di bawah ini.

https://youtu.be/gHzuHo80U2M

Pastinya ramai yang teruja untuk mendapatkan PlayStation 5 ini. Apakah pandangan anda akan rekaan yang ditampilkan?

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan PlayStation 5 pada pautan di bawah ini.

Rekaan Sony PS5 Tertiris Sebelum Pelancaran Rasmi?

CEO Sony Sahkan PS5 Tidak Akan Ditawarkan Dengan Harga Yang Murah

Sony Sahkan PS5 100 Kali Lebih Pantas Berbanding PS4