Setelah hampir tujuh tahun Sony Playstation 4 dilancarkan, nampaknya Sony dilaporkan sudah bersedia untuk melancarkan konsol generasi terbaru mereka seawal tahun hadapan.

Bersempena dengan pelancaran model terbaru PlayStation iaitu PS5, model ini dijangka hadir dengan spesifikasi yang memukau dengan penyertaan ruang storan sebesar 2TB dengan sokongan resolusi 8K.

Dari segi processor, Sony PlayStation 5 disertakan AMD Ryzen 8-core 7nm Zen 2. Penawaran SSD pada Sony PlayStation bakal membuatkan pengalaman bermain lebih pantas dan lancar. PS5 juga dikatakan bakal menyokong ‘cross-generational play’ dimana game pada konsol PS4 turut dapat dimainkan.

sony-playstation-controller-e1555496250665
Sumber: TechTheLead

Selain itu, dikatakan DualShock 5 juga bakal hadir dengan rekaan yang berbeza dan disertakan dengan sokongan kamera. Penawaran senarai game yang ikonik pada konsol ini telahpun diumumkan. Antaranya adalah Gran Turismo 7, PUBG 4K, The Last of Us Part II, Battlefield Bad Company 3 serta GTA VI.

Berdasarkan laporan daripada Comic Book, dikatakan Sony Playstation 5 bakal ditawarkan dengan harga $500 (RM2057.65). Buat peminat Playstation, mungkin sudah tiba masanya untuk anda mula menabung bagi menjadi yang terawal mendapatkannya.