Sony tampil dengan kamera terbaharu iaitu A6400 yang pastinya sangat sesuai digunakan oleh blogger, vlogger dan kaki travel kerana saiz kamera yang kecil tapi mempunyai kelebihan seakan kamera DSLR.

Malah, kamera A6400 ini tampil dengan skrin yang boleh disesuaikan untuk memudahkan anda selfie menggunakan kamera tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menariknya Sony A6400 ini dilengkapi dengan skrin sentuh yang akan membantu memudahkan anda. Selain itu, A6400 mempunyai autofocus terpantas di dunia iaitu pada hanya 0.02 saat dan buat pertama kali dalam Sony memperkenalkan Real-Time Eye AF dengan pengecaman berdasarkan AI. Malah, anda boleh merakamkan video 4K dengan kamera ini dimana hasilnya akan seperti anda menggunakan DSLR.

Harga untuk A6400 ialah $900 (~RM3,704) untuk body sahaja. Anda boleh dapatkan A6400 ini mulai Februari secara atas talian dan kedai-kedai Sony.

a6400_SEL55210_front_top_black__1_

a6400_SELP1650_SEL55210_black

download__1_

download__2_