Jika sebelum ini Samsung pernah melancarkan TV dengan saiz 98-inci bersolusi 8K, kini tiba giliran Sony pula untuk mengeluarkan model terbaru mereka dengan saiz dan resolusi yang sama.

Tidak hanya menawarkan paparan yang memukau, model ini turut dilengkapi dengan sistem suara yang dikuasakan oleh IMAX beserta Dolby Vision dan Atmos. Pastinya model ini bakal menjadi pilihan buat mereka yang idamkan panggung wayang mini di rumah.

https___hypebeast.com_image_2019_04_sony-70000-usd-98-inch-8k-tv-release-003

Melihat kepada penawaran rancangan dengan resolusi 8K yang masih rendah, model ini hadir dengan teknologi Netflix Calibrated Mode khusus untuk para pengguna menonton kandungan Netflix dengan paparan 8K.

Sony Z9G bakal mula ditawarkan dengan harga sekitar $70,000 (RM289,280). Sekiranya anda sedang mencari TV dengan saiz terbesar beserta resolusi yang tinggi Sony Z9G pastinya menjadi pilihan. Sememangnya harga yang premium untuk sebuah teknologi yang baru dalam arena TV.