Sony baru sahaja memperkenalkan satu produk inovasi iaitu LED Light Bulb Speaker. Lampu LED ini hadir dengan dua fungsi iaitu lampu dan speaker. Lampu LED dari Sony ini boleh digunakan di mana-mana soket lampu yang ada. Bagi penggunakan speaker pula, anda hanya perlu sambungkan peranti seperti telefon pintar, laptop dan tablet melalui sambungan Bluetooth. Ini bermakna anda boleh mengawal bunyi dan kecerahan lampu melalui peranti, menarik! Sony LED Light Bulb Speaker akan mula diperkenalkan di Jepun terlebih dahulu pada bulan Mei ini dengan harga $199 USD. Buat masa ini tiada tarikh ditetapkan untuk keluaran luar Jepun.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

65f679966446cec9887388afc81b2a8f
HYPE
SmartHeart REFINE, Makanan Basah PREMIUM Dalam Pouch Untuk Si Comel Anda
Baca lagi →

Anda Mungkin Suka