Mulai dinantikan peminat sejak tahun lalu, akhirnya Sony pada tahun ini secara rasminya mengumumkan konsol generasi terbaru mereka iaitu Sony PlayStation 5 bakal dilancarkan pada penghujung 2020. Bermula dengan perkongsian spesifikasi serta rekaan prototaip, pada kali ini Sony telah memperlihatkan rekaan terbaru controller PlayStation 5.

Sekiranya sebelum ini controller PlayStation dinamakan sebagai DualShock, berbeza dengan kali ini dimana controller PlayStation 5 bakal dinamakan sebagai DualSense™. Penawaran ciri terbaru melibatkan 3D AudioTech serta beberapa lagi ciri lain antara yang membuatkan permainan pengguna lebih rancak.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
49747503557_fa12f113db_h
Sumber: PlayStation
49747502797_ba4ef26976_3k
Sumber: PlayStation

Rekaan DualSense™ ternyata berjaya membuatkan orang ramai teruja berdasarkan teknologi yang tersedia. Lebih mengejutkan ramai, Sony nampaknya telah hadir dengan rekaan baharu berbanding rekaan DualShock sebelum-sebelum ini. Tidak kurang juga mereka yang berpendapat rekaan DualSense™ seakan meniru rekaan controller daripada jenama pencabar mereka iaitu Microsoft Xbox.

Sony turut mengumumkan DualSense™ yang ditampilkan pada kali ini hadir dengan gabungan beberapa warna sekaligus memberi nafas baru buat controller PlayStation.

Mungkin sudah tiba masanya Sony memperlihatkan rekaan konsol PlayStation 5 yang sudah lama dinantikan peminat PlayStation. Setakat ini masih belum diketahui harga rasmi bagi konsol terbaru daripada Sony ini.

Berdasarkan ura-ura, Sony PlayStation dijangka dengan harga yang lebih tinggi berbanding konsol-konsol keluaran mereka sebelum ini. Turut dikongsikan, rekaan devkit bagi PlayStation 5.

Sony Berdepan Masalah Untuk Jual PS5 Pada Harga Yang Mampu Milik

Lihat Rekaan Sony PlayStation 5 ‘Devkit’ Yang Unik Beserta DualShock 5

Sumber