Pagi tadi, pihak Sony Pictures telah berkongsikan trailer rasmi untuk Spider-Man: No Way Home di mana lebih ia telah trending di Twitter dan juga YouTube.

Dalam trailer tersebut, dapat dilihat para penjahat yang sah akan muncul dalam Spider-Man: No Way Home. Pun begitu, peminat sudah mula teruja dengan ‘kebenaran’ spekulasi bahawa lebih daripada 1 Spider-Man akan muncul dalam filem ini nanti.

Berdasarkan perkongsian di Twitter, ramai yang tertarik dengan adegan Tom Holland bertempur dengan 3 seteru utamanya dalam filem ini. Mereka berpendapat, pandangan setiap musuh Spider-Man tidak tertumpu kepada Tom Holland sahaja tetapi ‘entiti’ yang lain.

Teorinya, dua watak Spider-Man yang lain lakonan Tobey Maguire dan Andrew Garfield sebenarnya turut ada dalam adegan ini cuma telah dikeluarkan untuk versi trailer.

Dalam satu trailer lain yang dikeluarkan Sony Pictures Brazil, dapat dilihat Lizard telah ‘ditumbuk’ oleh seseorang. Sony Pictures Brazil bagaimanapun telah memadam perkongsian tersebut tetapi sudah ada netizen yang sempat merakam adegan tersebut dan berkongsinya di Twitter.

Sebelum ini, gambar yang dikatakan dari set penggambaran Spider-Man: No Way Home tertiris di mana dapat dilihat Tobey dan Andrew sedang ‘melepak’ di sebuah binaan scaffolding. Menariknya, adegan berlawan di scaffolding juga ada dalam trailer ini.

Adakah semua ini sudah dirancang atau kebetulan? Ia seperti ‘sengaja’ dibuat begitu supaya lebih ramai orang tahu dan bercakap tentang filem ini yang bakal berada di pawagam pada 16 Disember 2021. Bila ramai tahu, ramai yang akan ke pawagam dan lebih tinggi kutipan yang bakal diterima. Marketing bijak oleh Marvel dan Sony seperti biasa.

P/S: Doctor Strange dalam trailer ini juga nampak ‘sesuatu’. Mungkinkah Doctor Strange ini bukan Doctor Strange yang kita kenali sebelum ini?


Buat peminat siri BoBoiBoy, bertabahlah kerana watak Papa Zola bakal digugurkan dalam filem BoBoiBoy akan datang. Baca lagi pada pautan di bawah.

Dengar Pendapat Ramai, Karakter Papa Zola Sah Digugurkan Dalam Filem BoBoiBoy Akan Datang

Tobey Maguire Dan Andrew Garfield Dilaporkan Bakal Muncul Dalam Spider-Man 3

Russo Brothers Kata Sony Buat ‘Kesilapan Tragis’ Tamatkan Perjanjian Spider-Man