Secara tiba-tiba, Sony Pictures berminat untuk menghasilkan filem live-action untuk siri manga legenda One Punch Man. Lebih mengujakan adalah penulis skrip filem Venom, Scott Rosenberg dan Jeff Pinkner dilaporkan akan turut serta dalam projek ini.

Melalui laporan yang dibuat oleh Variety, Sony sangat berpuas hati dengan hasil kerja Scott dan Jeff dan disebabkan itu, mereka diberi kepercayaan untuk menulis siri One Punch Man ini. Duo ini juga bertanggungjawab untuk siri franchise Jumanji yang diterima baik oleh peminat baharu dan lama.

za4g0030au-lenovo-tab-m10-hd-10-1-inch-tablet
HYPE
Lenovo Tab M10 HD, Pilihan Berbaloi Memenuhi Keperluan Anda Dengan Harga RM725
Baca lagi →

Manga One Punch Man yang dihasilkan pada tahun 2009 sebenarnya hanyalah siri parodi terhadap manga hebat Jepun kerana watak utamanya, Saitama mempunyai kuasa yang sangat hebat dan dapat menumpaskan mana-mana raksasa dengan satu tumbukan sahaja. Sejak itu, One punch Man menjadi salah satu siri cult buat peminat setia manga.

Walaupun sudah ada peminat yang tidak selesa dengan campur tangan Hollywood untuk siri ini, namun pelukis One Punch Man ternyata teruja dengan berita tersebut. “One Punch Man akan jadi sebuah filem Hollywood! Saya sangat berterima kasih kepada peminat. Apa yang Hollywood akan buat terhadap Saitama? Saya juga tidak sabar,” tulis beliau di Twitter.

Persoalan paling utama semestinya siapa yang akan pegang watak Saitama? Disebabkan Saitama seorang yang botak, nama Dwayne ‘The Rock’ Johnson dan Jason Statham antara yang disebut oleh peminat untuk pegang watak Saitama. Tetapi ‘tidak kena’ kerana Saitama seorang yang kurus dan nampak lemah di dalam komik.

Apa pun, seperti juga siri One Piece, One Punch Man juga direstui oleh pelukisnya untuk dijadikan siri live-action. Harapnya ia tidak gagal teruk seperti filem Dragon Ball Evolution yang keluar pada tahun 2009. Pada pendapat anda, siapa yang layak untuk pegang watak Saitama?

Netflix sebelum ini telah mengesahkan projek live-action One Piece yang akan memulakan penggambaran di masa akan datang. Baca lagi pada pautan di bawah.

Netflix Secara Rasmi Umum Hasilkan Siri ‘Live-Action’ One Piece

Selepas Dibuang Oleh Disney, Peminat Mahu Lihat Johnny Depp Dalam One Piece

Lihat Perubahan Fizikal Lelaki Ini Selepas Jalani Latihan ‘One Punch Man’ Selama Sebulan

Anda Mungkin Suka