Nampaknya bagus juga bila Disney dan Marvel ‘buat hal’ dalam rundingan bersama Sony Pictures baru-baru ini. Menurut laman WGTC, rundingan masih diteruskan antara Disney dan Sony Pictures dan Sony mahu mendesak pihak Marvel untuk membenarkan Spider-Man muncul dalam filem kedua Venom.

Sony dikhabarkan mahu menambah beberapa klausa baharu untuk perjanjian akan datang dan salah satunya adalah untuk membenarkan Spider-Man versi Tom Holland untuk muncul dalam Venom, lakonan Tom Hardy. Bukan itu sahaja, mereka juga mahu Spider-Man muncul dalam mana-mana filem yang berkaitan universe Spider-Man yang sedang dalam perancangan Sony Pictures antaranya Kraven The Hunter.

Dilaporkan untuk filem Venom yang pertama, Sony Pictures sudah pun merakam aksi cameo Tom Holland dalam filem berkenaan namun dipotong saat akhir. Presiden Marvel Studios, Kevin Feige mahu menjarakkan watak Venom daripada Marvel Cinematic Universe dan disebabkan itu beliau tidak mahu Tom Holland mempunyai peranan dalam filem Venom.

Jika Marvel Studios akur dengan klausa ini, secara tidak langsung Venom akan menyentuh sedikit dunia MCU. Andai Marvel Studios bertukar fikiran, bila-bila masa sahaja Venom boleh muncul di MCU; jika Sony Pictures bersetuju dengan perkara berkenaan.

Kesimpulannya, jika Marvel Studios mahu Tom Holland kembali di MCU, mereka juga perlu memberi kebenaran untuk Tom Holland muncul dalam projek khas mereka juga. Barulah adil dan saksama. Anda setuju untuk lihat gandingan dua Tom dalam satu filem?

Buat anda yang terlepas, ini yang terjadi antara Marvel Studios dan Sony Pictures sejak beberapa minggu yang lalu.

Ini Kenyataan Rasmi Sony Pictures Berkenaan Isu Spider-Man

MCU Bakal Bergerak Tanpa Spider-Man Selepas Sony Dan Disney Tidak Lagi Bersepakat

Sumber