Setelah hampir tujuh tahun Sony Playstation 4 dilancarkan, nampaknya Sony dilaporkan sudah bersedia untuk melancarkan konsol generasi terbaru mereka seawal tahun hadapan.

Bersempena dengan pelancaran model terbaru PlayStation iaitu PS5, model ini dijangka hadir dengan spesifikasi yang memukau dengan penyertaan ruang storan sebesar 2TB dengan sokongan resolusi 8K. PS5 juga dikatakan bakal menyokong ‘backwards compatibility’ dimana game pada konsol sebelumnya setelah lama diusahakan Sony.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

zZtxFRXuEKHYvVuTnVQTLT

Selain itu, dikatakan DualShock 5 juga bakal hadir dengan rekaan yang berbeza dan disertakan dengan sokongan kamera. Penawaran senarai game yang ikonik pada konsol ini telahpun diumumkan. Antaranya adalah Gran Turismo 7, PUBG 4K, The Last of Us Part II, Battlefield Bad Company 3 serta GTA VI.

Berdasarkan laporan daripada Comic Book, dikatakan Sony Playstation 5 bakal ditawarkan dengan harga $500 (RM2057.65). Buat peminat Playstation, mungkin sudah tiba masanya untuk anda mula menabung bagi menjadi yang terawal mendapatkannya.