Bermula dengan sekadar ura-ura dan perkongsian spesifikasi, Sony baru-baru ini secara sah mengumumkan konsol generasi kelima mereka iaitu Sony PlayStation 5 bakal dilancarkan pada penghujung 2020.

Melalui model terbaru ini, pihak Sony mengesahkan penggunaan cip AMD Ryzen 3000 bersama cip grafik daripada Navi. Selain itu, disahkan model ini tidak lagi menggunakan hard drive sebaliknya menggunakan SSD bagi menawarkan pemprosesan yang lebih laju buat para pemain.

Lebih menarik, pihak Sony turut mengesahkan sokongan backward compatibility dimana PlayStation 5 berpeluang memainkan game daripada PlayStation 4 tanpa sebarang masalah. Teknologi yang ditawarkan ini sudah pastinya membuatkan mereka yang mempunyai Sony PlayStation 4 tidak ralat untuk mendapatkan konsol terbaru ini. Pengenalan DualShock 5 antara yang dijangka bakal dilancarkan kelak.

Sekiranya PlayStation 4 Pro ditawarkan dengan resolusi sehingga 4K, model ini terbaru menjanjikan resolusi 8K dengan ciri Ray-tracing. Penggunaan teknologi terbaru ini secara tidak langsung menawarkan grafik yang lebih yang lebih detail buat para pemain.

https___specials-images.forbesimg.com_imageserve_170346278_960x0
Sumber: forbes

Setakat ini, dilaporkan beberapa syarikat permainan seperti Electronic Arts dan BluePoint antara yang sudahpun menerima konsol ini serta dalam proses membangunkan game terbaru bagi konsol ini.

Mengetahui tarikh pelancarannya iaitu pada penghujung 2020, mungkin sudah tiba masanya anda sebagai gamer mula menabung untuk menjadi yang terawal mendapatkan konsol generasi terbaru daripada Sony ini.

Buat anda yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Sony PlayStation 5, anda klik pautan di bawah untuk perkongsian spesifikasi. Turut dikongsikan jam tangan PlayStation khas buat peminat konsol ini.

Sony Kongsikan Spesifikasi Bagi Konsol PlayStation 5

Tonton Jam Tangan PlayStation Khas Buat Peminat Konsol Ini

Sumber