Hampir tujuh tahun di pasaran, nampaknya orang ramai sudah tidak sabar lagi menantikan generasi terbaru konsol daripada Sony iaitu Sony PlayStation 5 yang dijangka bakal dilancarkan pada hujung tahun ini.

Bersempena dengan pelancaran model terbaru PlayStation iaitu PS5, model ini dijangka hadir dengan spesifikasi yang memukau dengan penawaran ruang storan sebesar 2TB beserta sokongan resolusi 8K.

960×0
rekaan rasmi DualSense™. Sumber: playstation

Dari segi processor, Sony PlayStation 5 disertakan AMD Ryzen 8-core 7nm Zen 2. Penawaran SSD pada Sony PlayStation bakal membuatkan pengalaman bermain lebih pantas dan lancar. PS5 juga dikatakan bakal menyokong cross-generational play dimana beberapa game daripada konsol PS4 turut dapat dimainkan.

Apa yang lebih mengejutkan, Sony baru-baru ini telah mengumumkan prestasi pemprosesan PS5 dijangka 100 kali lebih pantas berbanding PS4. Hal ini sekaligus berjaya membuatkan orang ramai teruja membayangkan hampir tiada lagi masa menunggu atau loading dalam sesebuah game.

2019-06-05-image-18
Rekaan Konsep PS5. Sumber: tech spot

Penggunaan SSD berteknologi tinggi serta lebih pantas berbanding Xbox Series X yang bakal turut dilancarkan tidak lama lagi sekaligus membuktikan Sony PS5 berada di kelas yang tersendiri.

Sony PS5 dijangka bakal dilancarkan pada hujung tahun ini. Berdasarkan ura-ura, model ini bakal ditawarkan sekitar Disember namun baru-baru ini terdapat laporan yang mengatakan Sony mungkin menawarkan Sony PS5 seawal Oktober ini. Sama-sama kita menantikan dan mulai menabung dalam menjadi yang terawal memiliki konsol generasi penuh kuasa daripada Sony ini.

Sebelum ini tular rekaan devkit Sony PS5 yang hadir dengan rekaan unik. Turut dikongsikan, lima pembaharuan yang bakal hadir pada konsol terbaru Sony ini.

Lihat Rekaan Sony PlayStation 5 ‘Devkit’ Yang Unik Beserta DualShock 5

5 Pembaharuan Sony PlayStation 5 Yang Bakal Dilancarkan Hujung Tahun Ini

Sony PlayStation 5 Sah Akan Dilancarkan Penghujung 2020

Sumber