Sejak beberapa tahun kebelakangan ini dapat dilihat dimana Sony Malaysia semakin kurang aktif dalam menawarkan promosi terbaru serta menawarkan telefon pintar terbaru buat para pengguna. Malah, telefon pintar flagship mereka Sony Xperia XZ3 turut tidak ditawarkan di Malaysia.

Melalui perkongsian XperiaBlog, Sony tidak lagi akan memfokuskan penjualan mereka di beberapa negara melibatkan pasaran Eropah, Hong Kong, Jepun dan Taiwan sahaja. Sebaliknya, Malaysia tidak lagi tersenarai di dalam rancangan Sony untuk menawarkan telefon pintar keluaran mereka. Hal ini bertepatan dengan langkah strategi terbaru syarikat ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
sony-xperia-xz2-review-2
Sumber: cgmagonline

Difahamkan langkah ini dibuat bagi memastikan Sony berjaya mencapai keuntungan kembali sekitar tahun hadapan. Buat anda yang menggunakan telefon pintar, pastinya jenama ini meninggalkan nostalgia yang banyak buat anda. Kongsikan bersama kami model telefon pintar Sony kegemaran anda.

Sumber