Jika anda tidak menonton Spider-Man: Far From Home, anda pasti tidak mengenali watak ‘Night Monkey’ ini. Sony Pictures melancarkan trailer rasmi Night Monkey ini sebagai pengumuman bahawa Far From Home sudah boleh dibeli secara digital dan Blu-Ray pula pada 1 October 2019.

https://twitter.com/UberKryptonian/status/1174002296243576833

Walaupun ia sebenarnya hanyalah trailer biasa, namun ada peminat berpendapat ianya troll untuk Marvel Studios yang kini tidak lagi dapat menggunakan watak Spider-Man untuk karya MCU selepas ini.

Mesejnya tersiratnya mungkin jika anda tidak mempunyai hak untuk guna Spider-Man, apa kata guna Night Monkey untuk filem Marvel yang seterusnya? Jika Marvel Studios memandang serius perkara ini, ianya mungkin boleh jadi kenyataan.

Tetapi rata-rata hanya melihat perkara ini sebagai salah satu marketing promotion Sony Pictures yang berjaya menarik perhatian ramai. Anda mahu lihat lagi Night Monkey muncul dalam filem Spider-Man?

Russo Brothers baru-baru ini meluahkan rasa kecewa mereka apabila Sony Pictures bertindak untuk menamatkan usaha sama Spider-Man dengan Marvel Studios. Mereka berpendapat ianya satu langkah ke belakang daripada Sony apabila membatalkan perjanjian tersebut.

Russo Brothers Kata Sony Buat ‘Kesilapan Tragis’ Tamatkan Perjanjian Spider-Man

Russo Brothers Setuju Babak Dalam Endgame Ini Mungkin yang Termahal Di Hollywood