Konsol terbaik dan paling terlaris dalam sejarah penciptaan konsol dari jenama model PlayStation 2 (PS2) akhirnya telah tamat secara rasmi. Sony baru-baru ini telah mengumumkan khidmat pembaikian konsol itu telah dihentikan selepas 7 September ini.

Walaupun pada 2012 Sony mengumumkan untuk menghentikan penghasilan PS2, namum pihak mereka masih menawarkan khidmat baik pulih dan penjualan alat ganti kepada peminat konsol tersebut. PS2 diperkenalkan buat kali pertama pada Mac 2000 di Jepun. Sehingga hari ini, dilaporkan sejumlah 156 juta unit telah pun terjual di seluruh dunia dan ia juga telah mengalahkan jualan Nintendo Cube dan Xbox.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dengan pengumuman ini, boleh dikatakan bahawa hayatnya juga telah berakhir. Buat anda yang masih setia dengan PS2, jaga PS2 anda baik-baik kerana selepas ini sukar untuk mencari alat ganti sekiranya ianya rosak kelak. Semoga video ini dapat mengembalikan memori bahagia anda bersama PS2 satu ketika dahulu.