Hari ini merupakan hari bermula acara E3 2016. Untuk anda yang pertama kali mendengar tentang acara E3, kami ada sediakan sedikit pencerahan buat anda. E3 yang merupakan singkatan kepada Electronic Entertainment Expo merupakan acara yang didedikasikan khas buat gamers diluar sana.

Walking
HYPE
‘Pembunuh’ Yang Datang Tanpa Diundang, Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kanser
Baca lagi →

Pihak Sony tidak menunggu lama untuk mengumumkan kejutan pertama mereka diawal acara ini dengan kehadiran game Spider-Man terbaru. Game yang berkonsepkan open world ini dijangka mempunyai jalan cerita yang hampir mirip dengan game-game Spider-Man sebelum ini.

Screen_Shot_2016-06-14_at_9 (1)

Aksi lucu dan humor Spider-Man sentiasa dititikberatkan dalam pembangunan Spider-Man ini disamping menyediakan sebuah gameplay yang menarik buat para peminat. Pengumuman game terbaru Spider-Man ini merupakan game pertama Spider-Man di dalam 4 tahun terakhir.

Buat anda yang menggunakan platform PC dan Xbox One, harap maaf. Game ini tidak tersedia buat platform anda memandangkan Game terbaru Spider-Man ini dikeluarkan khas buat konsol PS4 daripada Sony.

Jika diperhatikan, suit Spider-Man pada kali ini dilihat agak berbeza dengan suit Spider-Man yang digunakan Tom Holland di dalam filem Captain America: Civil War. Logo putih labah-labah lebih besar dilihat di bahagian depan dan belakang suit Spider-Man ini.

Dengan kadar peminat yang ramai, diharap game terbaru Spider-Man ini mampu menyajikan gameplay yang menarik dan fun khas buat para peminat. Mungkin agak terlalu keterlaluan untuk dibandingkan dengan francais game Batman, namun kami harap game terbaru Spider-Man ini mampu memberi saingan buat game-game Superhero yang lain.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group