Pada bulan lepas, pihak Sony telah mengumumkan mereka bakal menghasilkan semula konsol klasik mereka iaitu PlayStation Classic. PlayStation ini merupakan sebuah konsol retro mini yang akan membawakan 20 game-game popular semasa era PS1.

Sekiranya sebelum ini pihak Sony cuba mengumumkan lima tajuk game yang bakal disertakan, pada kali ini mereka telah mengeluarkan senarai penuh game yang bakal yang bakal tersedia.

MiTEC
HYPE
‘Hi HOME Property Event’ Acara Hartanah Unik Yang Akan Berlangsung Pada 25 Julai 2019
Baca lagi →

Antara yang bakal ditawarkan adalah Battle Arena Toshinden, Cool Boarders 2, Destruction Derby, Final Fantasy VII, Grand Theft Auto, Intelligent Qube, Jumping Flash, Metal Gear Solid, Driller, Oddworld: Abe’s Oddysee, Rayman, Resident Evil: Director’s Cut, Revelations: Persona, R4: Ridge Racer Type 4, Super Puzzle Fighter II Turbo, Syphon Filter, Tekken 3, Tom Clancy’s Rainbow Six, Twisted Metal dan Wild Arms,

PlayStation Classic bakal mula masuk ke pasaran Malaysia pada 3 Disember ini dengan harga RM429. Kepada yang berminat boleh mendapatkannya daripada para pengedar tidak lama lagi

sony-playstation-classic-games

 

Anda Mungkin Suka