Mula diperkenalkan hampir sedekad yang lalu, Sony World Photography Awards telah menjadi platform terbaik buat mereka yang mempunyai passion dan minat yang tinggi dengan seni fotografi mempamerkan bakat mereka.

Untuk pengetahuan anda, pertandingan ini hadir dengan 4 kategori yang berbeza dimana para peserta berpeluang untuk menghantar karya mereka secara atas talian setiap tahun. Kategori professional, open, youth dan student open antara yang tersedia untuk disertai.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tidak sekadar berjaya mendapat sanjungan dan hadiah, para pemenang juga berpendapat anugerah ini berjaya menjadi platform terbaik buat mereka. Salah seorang daripadanya adalah Andrea Gjestvang selaku Pemenang 2013 L’Iris d’Or, Photographer of the Year.

Sony World Photography Awards
Sumber: Andrea Gjestvang

Beliau turut mengatakan nasib beliau seakan berubah setelah mendapat pengiktirafan daripada pihak Sony. Lebih ramai yang menghargai, menyanjung serta apa yang paling penting pada beliau adalah peluang dan motivasi untuk melangkah lebih jauh melalui bakat yang ada padanya.

Anda boleh ikuti koleksi hasil seni beliau yang berjaya merangkul anugerah berprestij ini di sini.

Pernahkah anugerah ini disertai oleh rakyat Malaysia serta disenaraikan sebagai finalis? Sudah tentu. Malah pada tahun 2016 sahaja sebanyak 8 finalis dari Malaysia berjaya tersenarai di dalam pertandingan ini. Berikut merupakan karya anak Malaysia yang berjaya tersenarai di dalam finalis Sony Photography Awards 2016.

Sony World Photography Awards
Karya Nick Ng. Sumber Expatgo
Khairel_Anuar_Che-Ani_Malaysia_Shortlist_Open_Split-Second_Sony World Photography Awards_2016
Karya Khairel Anuar Che Ani. Sumber Expatgo
130992657940400838_Theng_Sin_Chong_Malaysia_Shortlist_Open_Low-Light_2016-1
Karya Theng Sin Chong. Sumber Expatgo

Dalam pada itu, individu yang paling banyak mencuri perhatian ramai sudah tentunya anak muda yang berjaya tersenarai sebagai finalis Sony World Photography Awards 2016 melalui kategori youth. Kategori yang dikhaskan buat individu yang berumur 12 hingga 19 tahun.

Melihatkan kepada betapa tularnya nama beliau berikutan ‘tragedi Osaka’ ketika ini kami yakin ramai daripada anda sudah dapat mengagak siapakah gerangannya. Beliau merupakan Ramadhan Sinclair.

ramadhan-sinclaire-16-768×768

ramadhan-sinclaire-11-768×1160

Anak muda yang dipercayai bakal memberi nama baik buat Negara Malaysia serta berpotensi untuk melangkah lebih jauh di dalam karier beliau sebaliknya memilih jalan yang berbeza setahun selepas dinobatkan sebagai finalis dengan menjadi samseng di Osaka. Kami harap perisitiwa seperti ini tidak lagi berulang kerana masalah ini bakal melibatkan nama baik Malaysia, Jepun serta Sony sendiri.

Baca lagi: Fotografi Bawa Remaja 17 Tahun Ini Travel Dan Ke Pusingan Akhir Pertandingan Antarabangsa

Walaubagaimaanpun, sekiranya anda atau mengenali sesiapa berbakat di dalam fotografi platform ini mungkin antara yang boleh dicuba. Anugerah ini kini dibuka untuk penyertaan daripada para peserta sehingga awal tahun ini. Anda boleh ikuti mana-mana kategori yang berkaitan melalui empat kategori yang disediakan serta dapati maklumat lanjut mengenai syarat penyertaan di sini.

Pesan kami kalau sudah menang atau disenaraikan sebagai finalis, mohon jaga nama baik anda dan Malaysia untuk masa depan yang lebih cerah. Anda mungkin berpeluang pusing dunia serta menperoleh rezeki yang berganda namun sikap yang menentukan siapakah anda yang seterusnya.