Pernah menjadi pilihan ramai menerusi penawaran telefon pintar berkualiti tinggi, jenama ini dilihat semakin kurang aktif mengeluarkan telefon pintar sejak akhir-akhir ini.

Terbaharu, jenama legenda ini kembali mengejutkan ramai dengan pra-tempahan model yang dilancarkan pada bulan Februari lalu iaitu Xperia 1 II buat pasaran Eropah dan Amerika Syarikat dengan harga $1200 (RM5,217.12).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Melihat kepada harganya pasti ramai yang terkejut dengan penawaran harga yang premium. Walau bagaimanapun, di sebalik harganya yang tinggi, Sony pada kali nampaknya berjaya menawarkan sebuah telefon pintar yang diimpikan pengguna yang mahukan prestasi yang hebat serta kualiti kamera dan video setanding kamera keluaran jenama ini.

sony-xperia-10-ii-mk2-top
Sumber: Digital Trends

Dari segi spesifikasi, Sony Xperia 1 II hadir dengan skrin 6.5 OLED 4K HDR sekaligus model ini sebagai penawar telefon pintar dengan skrin terbaik di pasaran. Model ini dikuasakan oleh processor Snapdragon 865, RAM 8GB dan ruang storan 256GB. Bateri yang ditawarkan hadir dengan kapasiti 4,000mAh.

Menerusi model ini, Xperia berkolaborasi dengan lensa Zeiss dalam menawarkan kualiti kamera dan video terbaik buat para pengguna. Kamera utama model ini hadir dengan tiga lensa 12-megapixel beserta 3D TOF. Kamera hadapan pula dilengkapi dengan lensa 8-megapixel.

Kolaborasi Sony bersama lensa Zeiss nyata mengejutkan ramai mengetahui jenama Zeiss lebih kerap berkolaborasi bersama telefon pintar keluaran Nokia sejak lebih sedekad.

Mengulas dari segi rangkaian, model ini turut menyokong internet 5G. Fungsi pengecasan tanpa wayar beserta ketahanan kalis air IP68 antara yang ditawarkan. Lebih mengejutkan, model ini turut menyertakan headphone jack 3.5mm yang sudah lama ditinggalkan model-model telefon pintar yang lain.

Untuk pengetahuan, Xperia 1 II yang pada kami sudah berjaya mencapai tahap hampir sempurna ini bukan lagi telefon pintar terbaik Sony memandangkan jenama ini bakal menawarkan Sony Xperia Pro tidak lama lagi. Anda boleh tonton video di bawah untuk melihat keterujaan Unbox Therapy dalam menguji Sony Xperia 1 II ini.

Switch baru-baru ini tampil dengan promosi terbaru dalam menawarkan iPhone XR dengan harga serendah RM2,699 sahaja.

Switch Tawarkan iPhone XR Dengan Harga Serendah RM2,699

Apple iPhone 12 Bakal Ditawarkan Dengan Harga Sekitar RM2,749?

Sumber