Pernah menjadi pilihan ramai menerusi penawaran telefon pintar berkualiti tinggi, jenama ini dilihat semakin kurang aktif mengeluarkan telefon pintar sejak akhir-akhir ini.

Terbaharu, jenama legenda ini kembali mengejutkan ramai pada bulan Mei lalu dengan kehadiran model baharu yang serba canggih dan lengkap buat pasaran luar dan mulai ditawarkan secara rasmi di Malaysia dengan harga RM4,999.

Melihat kepada harganya pasti ramai yang terkejut dengan penawaran harga yang premium. Walau bagaimanapun, di sebalik harganya yang tinggi, Sony pada kali nampaknya berjaya menawarkan sebuah telefon pintar yang diimpikan pengguna yang mahukan prestasi yang hebat serta kualiti kamera dan video setanding kamera keluaran jenama ini.

sony-xperia-10-ii-mk2-top
Sumber: Digital Trends

Sony-Xperia-5-ii (1)

Dari segi spesifikasi, Sony Xperia 1 II hadir dengan skrin 6.5 OLED 4K HDR sekaligus model ini sebagai penawar telefon pintar dengan skrin terbaik di pasaran. Model ini dikuasakan oleh processor Snapdragon 865, RAM 8GB dan ruang storan 256GB. Bateri yang ditawarkan hadir dengan kapasiti 4,000mAh.

Menerusi model ini, Xperia berkolaborasi dengan lensa Zeiss dalam menawarkan kualiti kamera dan video terbaik buat para pengguna. Kamera utama model ini hadir dengan tiga lensa 12-megapixel beserta 3D TOF. Kamera hadapan pula dilengkapi dengan lensa 8-megapixel.

Kolaborasi Sony bersama lensa Zeiss nyata mengejutkan ramai mengetahui jenama Zeiss lebih kerap berkolaborasi bersama telefon pintar keluaran Nokia sejak lebih sedekad. Untuk pengetahuan, sebahagian besar sensor telefon pintar jenama lain turut menggunakan sensor daripada Sony.

Mengulas dari segi rangkaian, model ini turut menyokong internet 5G. Fungsi pengecasan tanpa wayar beserta ketahanan kalis air IP68 antara yang ditawarkan. Lebih mengejutkan, model ini turut menyertakan headphone jack 3.5mm yang sudah lama ditinggalkan model-model telefon pintar yang lain.

Pada pendapat kami, Xperia 1 II sudah berjaya mencapai tahap hampir sempurna buat telefon pintar meskipun tidak menggunakan processor terbaru iaitu Snapdragon 865+.

Sony-Xperia-5-II_8-1024×735
Sumber: xda developers

Dalam pada itu, Sony dilaporkan bakal memperkenalkan model baharu mereka yang hadir dengan spesifikasi yang lebih mantap menerusi model Xperia Pro tidak lama lagi.

Anda boleh tonton video di bawah untuk melihat ulasan penuh MKBHD mengenai Sony Xperia 1 II baru sahaja ditawarkan di Malaysia dengan harga RM4,999 ini. Nyata beliau sangat teruja dengan kualiti kamera daripada model terbaru Sony ini.

Tular pada minggu ini apabila pereka ikon ini berjaya memperoleh durian runtuh sebanyak RM413,880 dalam satu minggu selepas dipopularkan oleh YouTuber MKBHD.

Gara-Gara Dipopularkan MKBHD, Pereka Ikon Ini Peroleh RM413,880 Dalam Satu Minggu

GoPro HERO 9 Black Dengan Sokongan Rakaman 5K Dilancarkan Dengan Harga RM2,099