Sony sedia memperkenalkan telefon pintar flagship pada tahun ini yang dinamakan sebagai Xperia 1 V. Selaras dengan pengenalan itu, Sony Malaysia mengesahkan bahawa telefon berkenaan akan ditawarkan dalam pasaran tempatan pada bulan Julai kelak.

Tidak hanya menampilkan spesifikasi yang canggih, malahan rekaan yang dibawakan tampak premium. Mari kita pelajari serba sedikit model flagship Sony terbaharu ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sony Xperia 1 V

Sumber Gambar: Sony

Sony Xperia 1 V hadir dengan skrin 6.5-inci yang menawarkan paparan pada resolusi mencapai 4K serta dilengkapi dengan sokongan refresh rate 120Hz. Telefon ini dijana dengan cip pemprosesan terkini, Snapdragon 8 gen 2  berserta memori 12GB RAM dan juga storan 256GB.

Pada bahagian kamera, Sony Xperia 1 V menyertakan sensor utama 52MP dan dilengkapkan bersama sensor 12MP ultra-lebar dan 12MP telefoto.

Pada bahagian kamera hadapan pula pula, model ini menggunakan sensor 12MP dihadapan. Lebih menarik, Xperia terbaru ini peroleh keupayaan autofokus dan penjejakan objek dalam bingkai menggunakan kecerdasan buatan (AI).

Sumber Gambar: Sony

Xperia 1 V dibekalkan dengan bateri sebesar 5,000mAh yang dicas menggunakan kabel USB-C pada kelajuan 30W. Antara ciri lain yang dibekalkan termasuklah sokongan kalis air dan debu, bicu audio 3.5mm, pengimbas cap jari pada butang kuasa dan banyak lagi.

Di Malaysia, hanya satu model akan ditawarkan iaitu Xperia 1 V dengan 12GB RAM dan 256GB storan. Model ini akan dijual pada harga RM6,399. Buat masa ini, promosi untuk pembelian awal belum diumumkan secara rasmi.

Sumber