Pada MWC 2016 di Barcelona pada bulan lepas Sony mengumumkan 3 telefon pintar serentak iaitu Sony Xperia X, Sony Xperia XA dan Sony Xperia X Performance.

Pihak Sony melalui jemputan media, mengatakan mereka akan memperkenalkan Xperia X, Xperia XA dan satu lagi peranti misteri. Masih menjadi tanda tanya buat kami adakah peranti misteri yang bakal diumumkan Sony adalah Sony Xperia XA atau telefon pintar flagship buat Sony iaitu Xperia X Performance.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sony Xperia X menampilkan skrin IPS LCD 5 inci HD penuh serta cip pemprosesan Snapdragon 650 dan RAM 3GB. Model ini merupakan model utama untuk siri Sony Xperia X.

Kamera yang ada pada Sony Xperia X boleh dikatakan agak baik iaitu kamera 23 megapixel f/2.0 serta ditambah dengan fungsi terbaru daripada Sony Alpha.

Sony nampaknya masih memfokuskan kepada telefon pintar yang punyai spesifikasi pertengahan dengan melancarkan Sony Xperia XA. Apa yang membezakan Sony Xperia XA dengan Sony Xperia X adalah Xperia XA menggunakan cip pemprosesan Mediatek Helio P10 serta RAM 2 GB.

Sony Xperia X Performance merupakan telefon pintar flagship terbaru dari Sony. Xperia X Perfomance merupakan telefon pintar yang mempunyai spesifikasi yang paling terbaik jika dibandingkan dengan ketiga-tiga telefon pintar.

Skrin yang digunakan pada Xperia X Performance adalah IPS LCD 5 inci HD penuh. Dari segi pretasi Xperia X Performance menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 820 serta RAM 3GB. Apa yang menarik tentang telefon pintar flagship terbaru Sony ini adalah kelajuannya lebih baik daripada Sony Z5 Premium.

Kehadiran Xperia X bermakna berakhirnya siri Xperia Z yang sebelum ini menjadi flagship model buat Sony.

DSC07961

Sumber