Ini adalah ‘Standard Operating Procedure’ (SOP) yang dibuat oleh usahawan yang menjalankan bisnes secara korporat.

1. Jenis Syarikat

Tubuhkan sebuah syarikat PLT atau SDN BHD sahaja. Manakala, ENTERPRISE bukan syarikat. Itu hanya daftar perniagaan sahaja.

2. Bilangan Partner

Berpartner sekurang-kurangnya 3 orang. Kenapa bukan 2 orang? Apabila hanya 2 orang, dari sudut mencapai kata sepakat, amat sukar untuk di capai.

Contoh:
i. Partner A – kata YA
ii.Partner B – kata TIDAK

Selepas meeting, kedua-duanya tidak mencapai kata sepakat, masam muka, kerja pun tak jadi. Apabila ada 3 orang, sekurangnya pengiraan majoriti mudah diperolehi.

3. Tugasan dan peranan

Tetapkan tugasan para ahli lembaga pengarah/shareholder. Jadi, perlu tahu sama ada mahu bekerja juga atau hanya sebagai shareholder sahaja.

Sebaik-baiknya, semua shareholder bekerja sekali dengan kepakaran masing-masing yang ada.

Contoh:

i. Partner 1: Memiliki DNA memasar

Perlu keluar pejabat, buat marketing. Kalau online, buat marketing online untuk bawa duit masuk.

ii. Partner 2: Memiliki DNA membuat

Duduk sahaja di tempat production. Lead production. Kalau bisnes roti, partner ni yang akan duduk di bahagian production. Pendek kata, individu ni memang mahir gila bab-bab produk.

iii. Partner 3: DNA mengurus

Duduk pejabat, jaga bisnes. Berapa sales masuk, rekod. Berapa order keluar, rekod. Jaga cashflow. Jaga pengurusan bisnes, filingnya, rekod nya.

4. Bertanggungjawab

Apabila tugasan sudah di bahagikan, jalankan tugas masing-masing dengan penuh rasa tanggungjawab. Don’t cross the border. Acah-acah pandai nak buat semua. Itu gila kuasa namanya.

5. Tetapkan pegangan saham

Hanya syarikat sahaja yang mempunyai saham. Enterprise memang tiada. Jika kita yang punya idea (walau tiada modal yang banyak ketika itu), letakkan sahaja porsi saham kita yang paling tinggi.

Lantik diri kita sebagai Ketua Pegawai Eksekutif aka CEO. Letak porsi saham 60%. Part ni semua ALP kena setuju. Maka, partner 2 dan 3 hanya memiliki 20% saham setiap seorang.

6. Tetapkan gaji

Jika ada 3 orang partner yang memang wujud dari syarikat ditubuhkan sehingga syarikat mampu membayar gaji, tetapkan sahaja gaji yang sama kesemuanya.

Contohnya, beri setiap partner gaji RM2500.

7. Modal berbayar syarikat

Dah tetapkan gaji, tetapkan pula, modal berbayar syarikat. Ini kiraan mudah. Letak sahaja RM100,000. Tapi, masing-masing tiada modal. Guane (macam mana) nak park RM100,000 dalam syarikat?

Lakukan ini:

a. Setiap kos perjalanan yang kita pergi untuk urusan kerja, rekodkan.

Contoh: OS ke Sabah. Jumlah kos perjalanan RM500. Jangan claim duit ni. Biar je hangus gitu. Convert RM500 ni as pembayaran saham.

b. Sebelum pembayaran saham terjadi, kena sign kontrak perjanjian dahulu sesama ALP. Ini wajib. Deal tidak terjadi dengan cakap-cakap mulut sahaja.

Contohnya, Partner 1 kena bayar RM60,000 ke dalam syarikat. Partner 2 dan 3, kena bayar RM20,000.

Tidak perlu duit tunai pun untuk membayar saham tadi. Apa yang penting, gunakan sahaja cara-cara yang betul untuk membayar.

i. Jangan ambil gaji penuh. Ambil RM1K. RM1,500 bayar kepada syarikat.
ii. Jangan claim apa-apa. Semua kos perjalanan dan juga kos-kos yang di keluarkan untuk syarikat, catit. Dan bayar semula kepada syarikat.
iii. Keluarkan duit sendiri dan bayar. (Kalau ada duit nak bayar).

Cukup sahaja pembayaran saham kita, kita sudah boleh mula dapat dividen.

8. Fokus

Di sebabkan itu, sebagai satu syarikat, kita dan partner sudah tiada masa hendak membuat perkara-perkara yang boleh di-SOP-kan.

Tugas kita sudah mencabar iaitu fokus mengembangkan bisnes bukan membuat produk lagi.

9. Mesyuarat

Sentiasa jalankan progress meeting. Road map. Forecast. Bajet. Ini tools yang kena ada dan buat.