Sebelum ini tular video dimana seorangpetugas kesihatan bercakap kasar dengan seorang lelaki warga asing ketika mahu memberikan suntikan vaksin. Hal itu telah menjadi bualan rakyat Malaysia.

Terbaharu, sebuah video dikongsi oleh pengguna TikTok @belalhosnan, menunjukkan situasi dia ketika menerima suntikan vaksin. Menerusi video tersebut, dapat dilihat dia dibantu oleh petugas kesihatan berkenaan untuk merakam saat bermakna itu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
@mdbelalhossain1996

The doctor’s use is much better ❤️❤️ alhamdulillah 🤲 1st dos vaccine completed#tikTok #malaysia

♬ original sound – 🇧🇩✴️Md.Belal Hossain✴️🇲🇾 – 🇧🇩✴️Md.Belal Hossain✴️🇲🇾

Menjadi perhatian ramai apabila cara petugas kesihatan tersebut yang bercakap secara sopan dan lemak lembut sebelum diberi suntikan vaksin. Malah, pertanyaan lelaki itu tentang sama ada rakaman di telefon bimbitnya sudah mula atau tidak turut dijawab secara berhemah oleh petugas kesihatan itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji layanan petugas kesihatan itu yang tiada ‘double standard’ dan tetap memberikan layanan terbaik kepada semua orang.

photo_2021-08-25_10-04-23

photo_2021-08-25_10-04-28

photo_2021-08-25_10-04-32

photo_2021-08-25_10-04-36

Malah, ada juga netizen yang mengesahkan menerima layanan baik daripada petugas kesihatan tersebut dan mengucapkan terima kasih kerana bersikap sopan walaupun penat.

Para netizen turut mengatakan bahawa tidak semua petugas kesihatan bersikap kasar. Video ini membuktikan bahawa ada petugas kesihatan yang sopan dan berbudi bahasa.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel teletah penerima vaksin pada pautan di bawah ini.

‘Bini Suruh Pi Cucuk Vaksin’- Gaya Lelaki Ini Pakai Baju Kelawar Di PPV Curi Perhatian Netizen

‘Nasib Baik Waktu Siang, Kalau Tidak Sudah Lari’- Netizen Terkejut Lihat Gadis Jadi Hantu Ke PPV