Kalau baju asli pun sudah berharga dalam linkungan RM300-RM500, inikan pula untuk model rare sebegini. Tetapi di laman Grailed, seorang collector Supreme tegar, seattle_supreme telah mengiklankan baju Supreme X Sopranos ini pada harga USD5,400(lebih kurang RM23,000)!

Baju ini adalah dari koleksi tahun 2005, kolaborasi dengan siri TV The Sopranos. The Sopranos memang mempunyai peminatnya yang tersendiri dan baju ini juga dikeluarkan dalam kuantiti yang sangat terhad. Jika dalam banyak-banyak koleksi Supreme, ini adalah di antara baju yang paling-paling dicari oleh collector Supreme.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ianya sama sahaja seperti box tee Supreme yang lain cuma huruf ‘r’ diganti dengan pistol; mengambil inspirasi dari logo siri TV The Sopranos. Untuk menemui sesuatu dari tahun 2005 dan dalam mint condition memang sangat menakjubkan dan menariknya, baju ini sudah pun terjual.

Sebagai perbandingan, baju ini telah menerima bidaan pada harga USD3,800 (lebih kurang RM16,000). seattle_supreme tidak mendedahkan harga jualan akhir baju ini tetapi ianya mungkin terjual lebih dari bidaan terakhir. Mungkin ada rapper kaya di Amerika Syarikat yang sudah beli baju ini. Apa pun itulah hebatnya jenama Supreme. Mereka berjaya mencipta status jenama mereka sehingga sebegini. Kalau tidak, mana mungkin Louis Vuitton mahu bekerjasama dengan Supreme kan?

Kalau anda mahu beli barangan Supreme yang rare yang lain, boleh ikuti seattle_supreme di sini. Ada wang, boleh cerita.