2020 pastinya akan menjadi tahun yang tidak dapat dilupakan oleh kita semua. Tahun yang sepatutnya meriah dan bakal menarik pelancong yang ramai menerusi Visit Malaysia 2020 (walaupun berdepan kontroversi logo Visit Malaysia 2020), segalanya ‘gelap’ apabila pandemik COVID-19 melanda seluruh dunia.

2020 mengajar kita untuk hidup dalam norma baharu; memakai pelitup muka yang sebelum ini adalah sesuatu yang rare kepada kita kecuali pada rakyat Jepun, dapat bekerja secara work from home yang dahulunya ‘mustahil’ untuk dibuat, penghantaran makanan ke rumah kini sesuatu yang biasa dan banyak lagi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

2020 turut menyaksikan perubahan tampuk pemerintahan negara dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin diangkat menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-8. Di bawah pemerintahan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan di seluruh Malaysia bermula 18 Mac 2020 sehingga ke hari ini.

Bermulanya PKP, majoriti rakyat Malaysia stay at home dan pelbagai trend muncul sepanjang PKP ini antaranya cara buat air dalgona, rakam video stop motion yang bergaya dan banyak lagi.

Di sini kami kongsi 10 artikel paling popular sepanjang 2020. Majoritinya berkisar pandemik COVID-19 yang berlaku sepanjang tahun ini dan mari kita lihat ringkasannya.

1. Korea Utara jatuhkan hukuman mati kepada sesiapa yang dijangkiti Coronavirus

2020 1

Korea Utara merupakan negara yang sangat tegas dalam menangani COVID-19 di mana berdasarkan laporan, sesiapa yang dijangkiti COVID-19 bukan akan dirawat, tetapi dihukum bunuh supaya virus berkenaan tidak menular ke seluruh negara. Baca lagi

2. Pendapatan sebenar Sugu Pavithra di YouTube

2020 2

Sugu Pavithra merupakan salah satu bintang YouTube yang menyinar tahun ini. Perkongsian masakan beliau di YouTube menjadi panduan kepada suri rumah (dan juga rakyat Jepun) untuk memasak ketika musim pandemik. Justeru itu, ramai yang mula membuat andaian pendapatan yang diterimanya hingga Sugu Pavithra dikatakan mendapat bayaran RM144,000 daripada YouTube.

3. Inspirasi Pak Cik Shell yang berjaya buka 30 stesen minyak di India

2020 3

Semuanya bermula apabila seorang pelajar pergi mengambil keputusan SPM dengan memakai pakaian kerja Shell. Shairan Huzani Husain atau big bos Shell turun padang sendiri untuk memberi penghargaan kepada pelajar berkenaan. Shairan yang sentiasa tersenyum membuatkan ramai tertanya-tanya siapa insan ini sebenarnya?

4. Datuk bandar Itali yang bertukar nada ‘gangster’ angkara COVID-19

2020 4

Itali merupakan antara negara awal yang teruk terkesan dengan pandemik COVID-19. Disebabkan ramai yang masih berdegil dan tidak mahu dengar cakap, datuk bandar di Itali secara live menasihati rakyatnya dengan tegas supaya ambil serius perihal pandemik ini.

5. Rumah Nobita sebenarnya bernilai RM2 juta di dunia nyata

2020 5

Siapa sangka rumah Nobita yang popular dalam anime Doraemon sebenarnya bernilai jutaan ringgit? Rumah Nobita sering dipotretkan dengan ‘mood’ sederhana dan bilik Nobita yang berkonsep konsep minimalis tetapi di dunia nyata, ia sangat mahal dan tidak ramai yang mampu memilikinya. Disebabkan itu bapa Nobita sentiasa sibuk.

6. Jenaka Raymond Goh, pengacara Nightline yang buat ramai terhibur

2020 6

Buletin berita tengah malam, Nightline pastinya diingati oleh peminat filem kerana faktornya yang unik. Raymond Goh yang sekadar mencuit sedikit penonton TV3 di Twitter sudah cukup memberi senyuman kepada semua.

7. Perdebatan siling hasil tangan Hanis Zalikha

2020 7

Apabila seorang selebriti menceburkan diri dalam bidang yang bukan kekuatannya, pasti akan ada yang menegur secara baik. Cuma dalam kes ini, komen berbentuk membina itu dipadam oleh tuan punya badan.

8. Ditegur polis ketika sedang bergambar dengan ‘kasut berlampu’

2020 8

Dalam situasi Perintah Kawalan Pergerakan yang masih ketat bulan Mei lalu, seorang lelaki menerima ‘teguran manis’ daripada pihak polis ketika cuba bergambar dengan kasut berlampu yang mungkin baharu dibelinya.

9. Reaksi Will Smith ketika isterinya mengaku curang

2020 9

Hati siapa yang tidak terluka apabila pasangan hidup mengaku curang ketika masih bersama. Dalam temu bual ini, tergambar kekecewaan yang nyata di muka Will Smith walaupun beliau menerima ‘dengan hati terbuka’ kenyataan bekas isterinya itu.

10. Tuah partner tikam belakang, terhasillah Ultraman Ribut

2020 10

Upin & Ipin merupakan siri kartun paling popular di Asia Tenggara sehinggakan Tsuburaya Productions mahu bekerjasama dengan Les’ Copaque. Namun, Ultraman Ribut mungkin tidak akan wujud jika kejadian ini tidak berlaku.

2020 merupakan tahun yang penuh suka duka dan semoga 2021 hadir dengan satu sinar baharu untuk kita semua. Selamat tahun baharu buat semua!

Ini beberapa perkongsian lain yang yang mendapat perhatian ramai sepanjang tahun 2020. Baca lagi pada pautan di bawah.

‘Saya Miliki Rumah Yang Cantik, Kereta, Dan Kerja Sebelum Dokumentari Al-Jazeera’-Rayhan Kabir

Asal Usul Nama Yakuza Dan Mengapa Mereka Tidak ‘Diusik’ Di Jepun

Kisah Ahmad Samerin, ‘Owner’ Kedai Basikal Yang Berjaya Memenangi RM1 Juta Pada Tahun 1991