Soundbar merupakan salah satu komponen yang wajib didapatkan sekiranya anda seorang yang meminati hasil audio yang padu. Malah, soundbar padu pada hari ini sudah mampu memberikan hasil audio yang baik untuk kegunaan di rumah.

Pada hari ini, anda boleh mendapatkan soundbar daripada sejumlah jenama terkemuka dengan dengan harga berpatutan. Kini anda juga boleh mengetahui soundbar mampu milik yang bagus di bawah RM300.

Baca Juga:

1. Redmi Soundbar

soundbar padu
Sumber Gambar: Shopee

Peranti ini hadir dengan sistem stereo 30W dengan merangkumi respons frekuensi 80Hz sehingga 20,000Hz. Beratnya hanya sekitar 1.5kg serta mempunyai rekaan yang moden dan mudah dipasang pada dinding atau meja kerana ada pelekap dinding terbina.

Selain itu, anda boleh menggunakan peranti ini dengan sambungan wayar kabel AUX atau lebih mudah dengan pautan bluetooth. Malah, terdapat beberapa butang kawalan yang mudah dicapai dan selesa ditekan pada bahagian tepinya. Peranti ini bakal memberikan pengalaman tontonan seperti di pawagam kerana sangat imersif

Kini anda boleh dapatkan Redmi Soundbar dengan harga RM118.88 sahaja di Shopee sementara di Lazada berharga RM129.

Beli Sekarang Redmi Soundbar Di Shopee

Beli Sekarang Redmi Soundbar Di Lazada

3. Edifier MF200

soundbar padu
Sumber Gambar: Shopee

Antara jenama terkemuka yang sedia menawarkan soundbar bajet adalah Edifier menerusi model MF200. MF200 ini mempunyai saiz driver 36mm dan mempunyai dua pembesar suara. Dari segi penggunaan, anda boleh sambungkan dengan mudah termasuklah menerusi Bluetooth 5.0, kabel AUX 3.5mm atau pun USB-C sound card.

Selain menampilkan saiz yang kompak, MF200 turut dibekalkan dengan kapasiti bateri sebesar 2,200 mAh yang mampu memainkan muzik selama 10 jam dalam sekali pengecasan. Kualiti audio yang dihasilkan dikira sangat bagus dan jelas. Seperti soundbar lain, terdapat butang kawalan yang intuitif untuk kemudahan anda.

Anda boleh dapatkan soundbar keluaran Edifier ini pada harga RM199 di Shopee dan di Lazada juga.

Beli Sekarang Edifier MF200 Di Shopee

Beli Sekarang Edifier MF200 Di Lazada

3. SonicGear BT3500 Soundbar

soundbar mampu milik
Sumber Gambar: Shopee

Model BT3500 ini tidak seperti soundbar lain kerana mempunyai skrin LED Digital Display dan boleh mencari frekuensi radio menerusinya. Ditambah pula dengan kebolehan pelbagai jenis sambungan termasuklah Input Auxillary, RCA, USB dan Bluetooth sekaligus boleh memudahkan pautan pada sesuatu peranti lain.

Kualiti audio yang dihasilkan berkualiti tinggi yang turut hadir dengan pemain media terbinaMalah, anda bakal diberikan subwoofer untuk menambah kepuasan mendengar audio yang imersif di segenap ruangan. Menariknya, anda juga diberikan alat kawalan jauh yang dapat memudahkan sebarang pelarasan sewaktu digunakan.

Anda boleh dapatkan model BT3500 ini pada harga RM209 melalui Shopee sementara di Lazada pula sedia ditawarkan pada harga RM239.

Beli Sekarang SonicGear BT3500 Soundbar Di Shopee

Beli Sekarang SonicGear BT3500 Soundbar Di Lazada

4. Vinnfier Hypebar Soundbar 

soundbar mampu milik
Sumber Gambar: Shopee

Vinnfier Hypebar hadir bersama soundbar dan juga subwoofer yang mampu menawarkan kualiti audio yang imersif dan jelas sepanjang penggunaan. Malah, Model ini berkebolehan menyampaikan bunyi sinematik untuk semua jenis media seperti filem, sukan atau pun muzik.

Terdapat penyambungan Bluetooth 5.0 untuk anda sambungkan ke alat peranti seperti mikrofon lalu boleh karaoeke dengan audio yang mantap. Di samping itu, anda juga boleh menstrim senarai lagu yang diminati dengan mudah menerusi sambugan Bluetooth yang terbina.

Vinnfier Hypebar Soundbar ini boleh didapatkan menerusi Shopee dengan harga RM239 sahaja.

Beli Sekarang Vinnfier Hypebar Soundbar di Shopee

5. Sharp Wireless Soundbar HT-SB115

soundbar mampu milik
Sumber Gambar: Shopee

Antara pilihan pengguna di luar sana adalah model HT-SB115 keluaran Sharp yang kita sedia maklum akan kualiti produk dan juga hasil audio yang padu. Dengan kuasa setinggi 30W, ia menyokong sambungan Bluetooth, HDMI ARC dan optikal digital.

Saiz yang kompak juga memudahkan anda mengalihkan peranti ke mana sahaja. Selain mempunyai sejumlah butang kawalan di bahagian hadapan, anda sebenarnya boleh sahaja menggunakan alat kawalan jauh untuk melaraskan sesuatu tetapan dari jarak jauh sahaja.

Sharp Wireless Soundbar HT-SB115 ini sedia ditawarkan menerusi Shopee dengan harga RM225 di Shopee dan Lazada pada harga RM259.

Beli  Sekarang Sharp Wireless Soundbar HT-SB115 Di Shopee

Beli Sekarang Sharp Wireless Soundbar HT-SB115 Di Lazada

Berdasarkan senarai di atas, soundbar mampu milik yang berbaloi untuk didapatkan adalah SonicGear BT3500 kerana hadir dengan sistem audio yang lengkap bersama subwoofer yang pasti memberikan audio yang imersif dan sedap didengar. Malah, anda juga diberikan alat kawalan untuk memudahkan sebarang pelarasan menerusinya.

Diharapkan dengan cadangan yang dinyatakan dapat memudahkan anda membuat pemilihan soundbar mampu milik di dalam linkungan RM300 ke bawah. Anda bersama keluarga sudah boleh menikmati pengalaman seperti di pawagam pada setiap masa selepas ini.

Sumber