Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Siapa yang tidak kenal syarikat teknologi yang diasaskan oleh usahawan terkenal Elon Musk yang dikenali dengan pelbagai inovasi kreatif. Terbaharu syarikat itu telah menerima kelulusan dari Suruhanjaya Komunikasi Wilayah (FCC) Amerika Syarikat untuk melancarkan sebanyak 12,000 satelit ke orbit sehingga tahun 2020 nanti.

Sebanyak 7,518 satelit bakal dilancarkan tahun hadapan dalam usaha untuk mempertingkatkan lagi penggunaan internet jalur lebar murah di kawasan pedalaman. Pelancaran lebih 7,000 satelit dalam peringkat pertama ini akan membuatkan SpaceX menjadi syarikat yang mempunyai satelit terbanyak di orbit.

maxresdefault

Baki daripada jumlah besar 12,000 satelit tersebut akan dilancarkan peringkat demi peringkat dalam masa 2 tahun ke hadapan. Kumpulan satelit tersebut akan dilancarkan sejauh 208 hingga 215 batu daripada bumi dan lebih rendah daripada Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Anda Mungkin Suka