Sebut sahaja nama Elon Musk, pastinya orang ramai mengenali siapa individu popular ini. Bermula daripada Paypal dan hari ini menjadi CEO di Space X dan Tesla. Namun dilaporkan oleh portal CNBC, Space X kini mempunyai nilai lebih tinggi berbanding Tesla. Apakah itu benar?

Space X dinilai pada $33.3 bilion (~ RM137.76 bilion) manakala Tesla pula bernilai $32.8 bilion (~ RM135.69 bilion). Elon Musk merupakan pemegang saham terbesar dalam kedua-dua syarikat ini dengan 54% pemilikan ekuiti dalam Space X dan 20% Tesla.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Elon Musk at SpaceX Hyperloop Pod II competition in Hawthorne, California
Sumber: aolcdn

SpaceX telah melancarkan 60 buah satelit Starlink ke orbit dan meraih lebih dari $1.02 bilion pada awal 2019. Saham Tesla pula dikhabarkan menyusut nilai sekitar 44% pada masa itu.

Syarikat pembuatan kereta elektrik tersebut sedang menghadapi saat sukar dan mengharapkan kejayaan mereka di China dengan membina kilang di Shanghai sebagai tanda hubung dagang diantara Amerika Syarikat dan China.

teslachinamain
Sumber: Transport Topics

Seorang penganalisa Morgan Stanley iaitu Adam Jonas berkata, Elon Musk mungkin akan menggunakan Space X sebagai collateral untuk Tesla. Kenyataan beliau merujuk kepada pengambilalihan SolarCity oleh Tesla.

Pengambilalihan Solarcity bernilai $5 bilion iaitu $2 bilion dalam bentuk saham manakala $3 bilion lagi dalam bentuk hutang. Ianya dilihat sebagai ‘bailout’ untuk Elon Musk dan keluarga beliau memandangkan mereka sendiri melabur dalam syarikat SolarCity itu sendiri.

Jika ditanya, yang mana lebih bernilai Tesla atau SpaceX. Kedua-duanya mempunyai kehebatan tersendiri. Elon Musk seorang figura bisnes yang genius, boleh baca kisah beliau di sini.

Baca lagi: Hanya Dengan Satu ‘Tweet’, Pendapatan Elon Musk Meningkat RM5.72 Bilion

Sumber