Tidak terlalu keterlaluan untuk mengatakan Elon Musk merupakan ‘Tony Stark’ dunia sebenar. Beliau bersama pasukan berjaya mencipta kereta elektrik terlaju dunia, menghidupkan seluruh pulau dengan hanya menggunakan inovasi panel solar dan terbaru 2 individu bakal dihantar ke bulan melalui program SpaceX.

Untuk pengetahuan anda, ketiga-tiga inovasi yang dinyatakan diatas adalah hadir daripada idea individu yang sama iaitu Elon Musk. Buat anda yang sering mengikuti perkembangan Elon, ‘mission imposibble‘ yang dinyatakan baru-baru ini mungkin yang paling mengejutkan anda.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Lebih mengejutkan kami apabila Elon Musk mengumumkan 2 individu tersebut bukanlah daripada angkasawan sebaliknya merupakan hartawan yang namanya mahu dirahsiakan. Berapa kos yang diperlukan untuk menyakinkan Elon Musk menghantar mereka berdua ke bulan juga dirahsiakan.

Projek ini merupakan hasil kerjasama NASA dan SpaceX sebagai langkah experiment serta batu loncatan untuk membolehkan kedua-dua syarikat ini pergi lebih jauh. Kemungkinan Planet Marikh antara yang bakal menjadi destinasi seterusnya berdasarkan apa yang diimpikan Elon Musk.

SpaceX Falcon Heavy merupakan roket yang bakal digunakan untuk ke bulan

Misi SpaceX ke bulan ini dijadualkan bakal diterbangkan pada akhir 2018 ini. Penantian hampir 18 bulan lagi daripada sekarang ini membolehkan pihak SpaceX dan 2 individu ‘rahsia’ ini membuat persiapan rapi sebelum terbang ke bulan.

Dalam pada itu, anda mungkin tidak akan melihat gambar atau video kedua-dua individu ini berada di permukaan bulan dikelilingi kawah kerana misi ini cuma melibatkan pakej penerbangan mengelilingi orbit bulan dan mendarat ke bumi semula.

Sumber