Nampaknya Elon Musk seolah tidak jemu untuk mengumumkan inovasi terbaru hampir setiap minggu melalui syarikatnya iaitu Tesla dan SpaceX.

Terbaru, misi untuk menawarkan internet buat mereka yang berada di kawasan pedalaman Amerika Syarikat dan beberapa negara lain nampaknya bakal tercapai setelah FCC memberi lampu hijau untuk menjayakan misi ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
3273279798_89a38d1ca9_b-1
Gambar konsep satelit daripada projek ‘Starlink’

Melalui projek yang dinamakan sebagai ‘Starlink’ ini, sebanyak 4,425 satelit bakal dilepaskan di angka sekaligus menjadikan projek ini sebagai perlepasan satelit terbanyak.

Difahamkan projek ‘Starlink’ ini turut menawarkan kos yang besar dan tidak ditawarkan dengan harga yang rendah. Namun apa yang dijanjikan Elon Musk adalah penawaran internet berkelajuan tinggi tanpa sebarang masalah kerosakan yang kerap.

spacex_starlink_satellite_ip

Difahamkan projek ‘Starlink’ ini bakal menjadi titik tolak buat SpaceX bersama syarikat-syarikat lain dalam menawarkan teknologi yang lebih lagi dalam memberikan penwanaran yang pelbagai buat kawasan bandar dan juga luar bandar.

Buat anda yang berada di luar bandar, sanggupkah anda melabur di dalam projek internet yang mungkin menelan sedikit belanja namun mampu memberikan sevis yang terbaik?