Konflik berlanjutan melibatkan pemandu teksi dan pemandu Uber serta Grabcar masih belum menemui resolusi jangka panjang. Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) masih belum membuat keputusan sama ada mengharamkan terus atau mengawal selia servis alternatif daripada Uber dan Grabcar, dan ini menyebabkan rasa tidak puas hati pemandu teksi.

teksi-01
Carlist

Seorang jurucakap SPAD yang dihubungi oleh New Straits Times berkata: “Pemandu teksi perlu mencari jalan untuk meningkatkan perkhidmatan mereka seperti menyediakan perjalanan yang selesa, mesra pelanggan dan menggunakan meter tambang. Pemandu teksi perlu faham bahawa merekalah yang membuka peluang kepada penyedia perkhidmatan perjalanan alternatif meningkat naik kerana perkhidmatan mereka yang teruk kepada pelanggan.”

Pemandu teksi yang bertindak ganas dan menggunakan taktik mengugut – seperti mensasarkan kenderaan Uber dan GrabCar sekitar KLCC minggu lepas – hanya memburukkan lagi imej mereka sendiri.

teksi-02
Carlist

“Bukan sahaja tindakan mereka adalah menyalahi undang-undang, tetapi mereka juga menimbulkan persepsi negatif kepada orang ramai dengan sikap ala gangster. Kami tidak menggalakkan pemandu teksi bertindak sendiri kerana mereka tidak mempunyai hak undang-undang untuk berbuat demikian. Setiap tindakan yang diambil perlulah mengikut undang-undang dan semua orang mesti menghormati undang-undang.

Bercakap mengenai tindakan yang diambil oleh SPAD terhadap pemandu Uber dan GrabCar, jurucakap itu berkata mereka telah merampas 132 buah kereta sejak Oktober 2014 sehingga September 2015. Daripada jumlah itu, sebanyak 89 buah kereta adalah milik pemandu GrabCar manakala baki sebanyak 43 buah kereta adalah milik pemandu Uber.

teksi-03
Carlist

Mereka yang ditangkap menyediakan perkhidmatan perkongsian perjalanan tanpa permit boleh dikenakan tindakan undang-undang seperti denda sehingga RM10,000 dan / atau satu tahun penjara di bawah seksyen 16 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010, serta kereta mereka juga akan turut disita.

TONTON: Prudential Mempersembahkan Teksi Menggunakan Ferrari

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Sumber