SPAO tampil dengan koleksi terbaharu Harry Potter yang pastinya akan memberikan keterujaan buat peminat filem Harry Potter. Koleksi Harry Potter ini telah dilancarkan pada 16 Mac 2019.

Pada koleksi kali ini, antara item yang dilancarkan adalah baju sejuk, beg galas, topi, t-shirt, dan juga lencana edisi terhad yang boleh ditebus dengan pembelian RM299 dan ke atas pada koleksi Harry Potter.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bagi anda yang ingin dapatkan koleksi ini, ianya tersedia di 4 lokasi SPAO Malaysia iaitu di Parkson Elite Pavilion, IOI City Mall, Sunway Velocity Mall dan Paradigm Mall, Johor Bahru.

Pastinya buat anda yang terlepas koleksi Harry Potter edisi pertama tidak akan melepaskan peluang untuk memiliki edisi kali ini.