Porsche Design mungkin jenama yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Hadir dibawah syarikat Porsche bagi menawarkan barangan premium dengan konsep premium lifestyle, kini telah menghasilkan pelbagai barang termasuk kasut, cermin mata dan jam tangan.

Kali ini Porsche Design ‘lari’ dengan konsep yang sedikit berbeza dengan mula menawarkan soundbar. Dari segi spesifikasi, 911 Soundbar menawarkan audio 2.1 surround sound disertakan dengan Bluetooth AptX. Buat para audiophile, speaker ini mungkin bukan untuk anda memandangkan 911 Soundbar lebih memfokuskan kepada finishing dan jenama yang ditampilkan.

Membincangkan soal harga speaker 911 Soundbar ini ini mula dijual dengan harga $3,499.99 USD (~RM15,674.71). Untuk membuatkan speaker 911 Soundbar ini lebih epik, speaker ini turut dipadankan bersama ekzos kereta Porsche 911 GT3. Kini mungkin tanda harga ‘premium’ yang diumumkan kelihatan lebih releven.

Sebelum ini, sebuah jenama pengeluar speaker yang berpengkalan di Italy juga pernah bekerjasama dengan Lamborghini bagi menghasilkan speaker premium dengan harga penjualan yang bermula dengan $21 000 (~RM94,048.50).

Jelas kelihatan elemen ‘Lamborghini’ yang ditampilkan pada model Ixoost EsaVox ini. Futuristik habis!

Sumber