Vocket Talk KL merupakan sebuah konferens bahasa Melayu yang dijalankan oleh The Vocket dengan slogan “Inspiring people”. Edisi pertama akan berlangsung pada 18 April 2015 di The Canvas, Damansara Perdana.

Edisi pertama akan menampilkan 5 orang personaliti dari 5 buah kumpulan genius yang berbeza. Mereka adalah orang-orang penting dalam startup startup yang mereka terlibat.

Screen-Shot-2018-01-08-at-6.49.39-PM
HYPE
Bertekak Gara-Gara Nak Beli Rumah Kedua, Apa Kena Pula Awal & Scha Ni?
Baca lagi →

1. Tuan Muhammad Fazli Bin Ab Latif, atau lebih dikenali dengan nama Kukubesi ini popular dikalangan orang seni fotografi kerana kepakarannya dalam senireka grafik terutamanya memanipulasi foto. Beliau adalah founder Empayar Kukubesi yang menghasilkan pelbagai t-shirt yang menarik. Beliau pernah berkolaborasi dengan KRU Studio bagi menghasilkan poster filem Hikayat Merong Mahawangsa yang telah diiktiraf sebagai poster filem terbaik Festival Filem Malaysia ke-24 pada November 2011.

kukubesi

2. Tuan Jaygan Fu Ponnudurai, general manager MyTeksi iaitu sebuah startup bernilai 1 billion USD merupakan sebuah aplikasi tempahan teksi terbesar di Asia Tenggara yang boleh dimuat turun secara percuma. Ia turut dikenali sebagai aplikasi GrabTaxi.

move_freely_campaign

3. Tuan Muhammad Akif Rabbani Ab Rashid, founder Trackback.my merupakan seorang remaja berusia 18 tahun yang memiliki kemahiran mencipta sebuah perisian web yang mampu menjejaki bungkusan atau surat yang dihantar melalui pelbagai syarikat kurier. Kini, beliau bersama ABS Internet PLT sebagai software developer.

akif rabbani

4. Puan Noor Inora Putri Noorzainy, founder dan Pengarah Urusan Butik Sincerelybyus (SBU) telah memulakan perniagaan online secara kecil-kecilan semasa menjadi pelajar di UiTM Shah Alam dengan modal permulaan sebanyak RM500. Kini, beliau berjaya memiliki dua buah butik yang terletak di Shah Alam dan Bandar Baru Bangi, Selangor.

founder inora SBU

5. Tuan Mohd Fazreen Jasni, founder The Vocket dan COO ABS Internet PLT adalah orang disebalik tabir yang mahu memulakan startup Vocket Talk KL ini.

fazreen

Bonus buat para hadirin, kami akan memberikan produk pertama Vocket buat julung-julung kalinya iaitu VAKE (Vocket in Caffein Cake) secara percuma kepada mereka yang hadir. Minuman turut disediakan secara percuma.

Kemaskini: Semua tempat duduk SOLD OUT dan Pendaftaran telah ditutup.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Anda Mungkin Suka