Di UK, pelajar-pelajar dinilai dan dihargai bukan dari aspek akademik semata-mata, tetapi menyeluruh termasuk dari segi attitude, kreativiti, nilai murni, kerjasama dan lain-lain.

Penghargaan mereka juga lebih berbentuk individu berbanding general. Sebagai contoh, jika seorang pelajar itu seorang yang pendiam dalam kelas. Cikgu akan melakukan sesuatu supaya pelajar tersebut mengambil bahagian dalam kelas. Apabila pelajar tersebut menunjukkan sedikit peningkatan sahaja, pelajar tersebut akan diberi penghargaan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Contoh lain kalau dalam nurseri, ada pelajar tersebut mungkin sedikit lambat mengira 1-10 sahaja berbanding pelajar lain. Apabila pelajar tersebut dapat mengira 1-10 sahaja, dia akan terus dihargai.

Dalam kelas, mereka akan diberi ‘sticker’ untuk setiap benda baik yang mereka lakukan walaupun ianya kecil.

Dalam perhimpunan mereka, pelajar-pelajar ini akan mendapat Anugerah ‘Special Mention’ dan dipuji secara terperinci oleh guru mereka di hadapan semua pelajar dan guru lain. Kebanyakan adalah disebabkan sikap dan nilai murni yang dilakukan. Anugerah ini sebenarnya hanya sekeping kertas yang bertulis ‘Special Mention’ dan nama mereka. Namun, ia memberikan makna yang cukup besar kepada pelajar. Yang menyambut hari jadi juga akan turut dihargai.

Perhimpunan mereka menjadi tempat memberi inspirasi dan motivasi kepada semua orang termasuk ibu bapa yang hadir.

Denda dan hukuman?

Jauh sekali.

Mereka tidak ditakutkan untuk membuat kesilapan. Kerana dalam kehidupan sebenar, kita perlu berhadapan dengan kesilapan untuk berjaya.

Jika mereka hanya dilatih untuk terus membuat perkara yang betul dan mengelakkan kesilapan, mereka akan takut-takut untuk membuat lain daripada yang lain dalam kehidupan sebenar.

Lumrahnya, tiada orang yang terus boleh melakukan sesuatu dengan betul dan tepat pada peringkat awal. Manusia belajar dari kesilapan sendiri mahupun kesilapan orang lain.

Berdasarkan Hadis yang dikaji oleh Tim Psikologi Hadis juga menemukan bahawa Rasulullah s.a.w sendiri banyak mendidik dengan psikologi dan kelembutan.

Faris sendiri pernah dapat beberapa kali ‘Special Mention’ disebabkan passion dalam serta kreatif dalam membuat sesuatu. Penghargaan lain seperti ‘Gold Book’ disebabkan oleh neat handwriting pun pernah :)

Ketika Faris mendapat 'special mention'.
Ketika Faris mendapat ‘special mention’.

Abinya sendiri tak pernah dapat award handwriting. Mungkin disebabkan tulisan yang terlalu ‘berseni’.

Menariknya, semuanya tidak berkaitan dengan keputusan peperiksaan.

Maksudnya penilaian mereka bukan sekadar akademik semata-mata tetapi dari dari pelbagai aspek juga.

Tidak hairanlah UK menjadi antara destinasi popular untuk menghantar pelajar-pelajar Malaysia ke luar negara walaupun ongkosnya boleh tahan.

Mungkin suatu masa nanti, kita juga akan gunakan sistem yang sedemikian?

Suasana di sekolah Raddlebarn.
Suasana di sekolah Raddlebarn.